"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

2 termasuk lepasan kolej dipenjara kerana rogol remaja

Alias Abd Rani
am@hmetro.com.my
LOH (depan) dan Muhammad Lukman dipenjara empat serta lima tahun kerana merogol remaja. FOTO Alias Abd Rani
LOH (depan) dan Muhammad Lukman dipenjara empat serta lima tahun kerana merogol remaja. FOTO Alias Abd Rani
Muar: Seorang lepasan sebuah kolej kemahiran dipenjara lima tahun dan satu sebatan selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan merogol remaja perempuan, tahun lalu.

Tertuduh, Muhammad Lukman Hamidon, 21, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dikemukakan jurubahasa di hadapan Hakim Sayani Mohd Nor.

Selain itu, mahkamah juga memerintahkan tertuduh menjalani pengawasan polis selama setahun sebaik selesai hukuman penjara.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa merogol remaja perempuan berusia 15 tahun di sebuah rumah di Batu Pahat, pada jam 1.30 pagi, 28 September lalu.

Oleh itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan dengan penjara sehingga 20 tahun dan juga sebatan jika sabit kesalahan.

Sementara itu, di mahkamah sama, pembantu kedai makan dipenjara empat tahun dan dua sebatan selepas mengaku bersalah merogol kenalan di sebuah hotel di Batu Pahat, dua tahun lalu.

Hakim, Sayani Mohd Nor menjatuhkan hukuman itu terhadap Loh Che Heng, 25, selepas mengambil kira pengakuan bersalah dan juga rayuan dibuat tertuduh.

Dia dituduh merogol remaja berusia 15 tahun di sebuah hotel, pada jam 6 petang, 2 Mac 2023 serta didakwa mengikut Seksyen 376 (1) kanun sama.

Pendakwaan bagi kedua-dua kes ini dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Othman Affan Ismail dan Diyana Najihah Muhamed Fauzi manakala kesemua tertuduh diwakili peguam, Tan Song Yan.

Selain itu, Loh turut diperintah oleh mahkamah agar menjalani pengawasan polis setahun sebaik selepas hukuman penjara.

Tiada ulasan: