FMT Reporters
Bomba memakai baju kalis api untuk masuk ke dalam mesin itu bagi mengeluarkan mangsa.
Lelaki maut jatuh ke dalam mesin dandang
Ketua Balai Bomba Gemas Mohd Razeaf Zamri, berkata sukar pihaknya mengeluarkan mangsa susulan haba panas. (Gambar JBPM)
PETALING JAYA: Lelaki warga Bangladesh maut selepas terjatuh ke dalam mesin dandang di sebuah kilang kayu di Gemas, Tampin.
Ketua Balai Bomba Gemas Mohd Razeaf Zamri, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 7.19 malam tadi sebelum 10 anggota bergegas ke lokasi kejadian dengan membawa jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan kenderaan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).
“Kedalaman dandang itu lebih kurang 10 kaki (3.04m)…kesukaran mengeluarkan mangsa adalah disebabkan haba yang masih panas di dalam mesin itu, anggota perlu memakai baju kalis api untuk masuk bagi mengeluarkan mangsa.
“Mangsa berusia 39 tahun itu dapat dikeluarkan daripada mesin tersebut pada 7.48 malam,” katanya kepada Bernama.
Beliau berkata, mangsa mengalami lecur teruk dan disahkan meninggal dunia.
Mayat lelaki itu diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan