"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Koperal tertembak diri sendiri dikenal pasti ada masalah peribadi, kewangan

Nur Izzati Mohamad
am@hmetro.com.my

Kepala Batas: Koperal yang tertembak diri sendiri di pos pengawal Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang pada Selasa lalu dikenal pasti mempunyai masalah peribadi termasuk kewangan.

Ia berdasarkan siasatan polis sejurus insiden berkenaan.

Ketua Polis negeri, Datuk Hamzah Ahmad berkata, pihaknya sudah merakamkan keterangan daripada sembilan individu berkaitan kes terbabit.

Menurutnya, keterangan itu membabitkan beberapa anggota polis yang membuat laporan termasuk yang bertugas pada hari kejadian, bekas isteri, rakan mendiang, pakar perubatan forensik serta pegawai perubatan yang merawat mangsa.

"Mendiang selamat disemadikan, dan pada masa sama, siasatan kes (berjalan) apabila kita merekodkan keterangan daripada beberapa individu untuk proses seterusnya.

"Berdasarkan siasatan, punca mendiang bertindak sedemikian adalah kerana masalah peribadi dan berkaitan kewangan," katanya ketika ditanya berhubung perkembangan kes berkenaan.

Terdahulu, Hamzah ditemui pemberita pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri PDRM Kontinjen Pulau Pinang di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Utara di sini, malam tadi.

Selasa lalu, media melaporkan Koperal A Francis, 58, yang bertugas di cawangan Kem Komandan itu, ditemukan parah di bahagian kepala di bilik pengawal, pada 6.12 petang.

Ia akibat tertembak diri sendiri dengan sepucuk senjata jenis pistol dan kes disiasat mengikut Seksyen 39 Akta Senjata 1960.

Bagaimanapun, koperal terbabit dilaporkan meninggal dunia selepas dua hari menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang di sini.

Tiada ulasan: