"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Perlis: Warga emas khianat 3 mesin parkir diberkas

FMT Reporters

Ketua Polis Kangar Yusharifuddin Mohd Yusop berkata kejadian berlaku pagi tadi melibatkan mesin yang sedang diuji.
Tular sebuah trak pikap seakan sengaja melanggar mesin palang automatik parkir berbayar.
PETALING JAYA: Peniaga warga emas diberkas kerana disyaki melakukan khianat dengan melanggar dan merosakkan tiga unit sistem palang parkir pintar yang masih dalam tempoh percubaan, di Kangar.

Lelaki berusia 62 tahun itu ditahan di hadapan bank di Jalan Raja Syed Alwi, di pusat bandar Kangar 24 jam selepas pihak berkuasa menerima aduan.

Ketua Polis Kangar Yusharifuddin Mohd Yusop, berkata hasil pemeriksaan juruteknik syarikat juga mengesahkan sistem parking palang automatik tersebut sudah rosak dan tidak berfungsi lagi.

“Kali terakhir pengadu melihat sistem parking palang automatik tersebut berada di dalam keadaan baik adalah pada Sabtu lalu sekitar 7 petang setelah selesai uji lari sistem palang berkenaan,” katanya menurut Utusan Malaysia.

Katanya, jumlah kerugian susulan kejadian itu kira-kira RM30,000.

Polis turut merampas beberapa barangan suspek antaranya sebuah kenderaan jenama Nissan Moden Navara bersama alat kawalan jauh kenderaan berkenaan.

“Polis turut melakukan pemeriksaan ke atas beberapa kamera litar tertutup (CCTV) yang berada di sekitar kawasan terlibat. Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan permohonan reman ke atas suspek akan dijalankan esok,” katanya.

Sebelum ini, tular di media sosial rakaman CCTV memaparkan trak itu seakan sengaja melanggar mesin palang automatik.

Tiada ulasan: