"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Warga Myanmar mati tersepit dalam mesin pam pasir

Meor Riduwan Meor Ahmad
am@hmetro.com.my
ANGGOTA bomba sedang berusaha mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam mesin pam pasir di sebuah tapak pembinaan di Pulau Gadong. FOTO ihsan JBPM Melaka
ANGGOTA bomba sedang berusaha mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam mesin pam pasir di sebuah tapak pembinaan di Pulau Gadong. FOTO ihsan JBPM Melaka
Melaka: Pekerja binaan warga Myanmar mati selepas tersepit di dalam mesin pam pasir di sebuah tapak projek perumahan di Pulau Gadong, di sini, hari ini.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Melaka Tengah Mohd Ismail Harun berkata, terdahulu, pihaknya menerima panggilan kecemasan, 11.56 pagi, sebelum tujuh anggota dikejarkan ke lokasi.

"Sebaik tiba 12.06 tengah hari, kami mendapati seorang pekerja lelaki warga Myanmar tersepit di dalam mesin pam pasir ketika sedang bekerja.

"Mangsa juga disahkan sudah mati oleh petugas perubatan. Kerja mengeluarkan mangsa yang berusia 26 tahun masih berjalan," katanya pada kenyataan.

Tiada ulasan: