"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kelantan: Lima lagi cedera dalam nahas sebuah kereta dan lori di Lebuhraya Timur Barat, sempadan Perak di Jeli.

FMT Reporters

Lima lagi cedera dalam nahas sebuah kereta dan lori di Lebuhraya Timur Barat, sempadan Perak di Jeli.
Keadaan di lokasi kemalangan di Lebuhraya Timur Barat, sempadan Perak di Jeli. (Gambar JBPM)
PETALING JAYA: Seorang ibu dan bayi lapan bulan maut, manakala lima lagi cedera selepas sebuah kereta dan lori bertembung di Lebuhraya Timur Barat, sempadan Perak di Jeli.

Dalam nahas kira-kira 3 petang itu, semua mangsa yang menaiki Perodua Alza itu dipercayai dari arah Perak menuju Kelantan.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Jeli, Anuar Hamid, berkata mangsa cedera dibawa ke Hospital Jeli, sementara dua mangsa maut dibawa ke unit forensik hospital sama.

Beliau berkata, panggilan kecemasan diterima pada 3.24 petang dan tujuh anggota tiba di lokasi 33 minit kemudian.

Menurutnya, terdapat mangsa tersepit dan anggotanya melakukan “size-up” untuk menyelamatkan mangsa.

“Pemandu lori terbabit dalam kemalangan ini terselamat,” katanya menurut Sinar Harian.

Tiada ulasan: