"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Rafizi tak gentar Farhash - sedia jumpa di mahkamah

Malaysiakini 
story-image
Bekas menteri ekonomi, Rafizi Ramli, mengesahkan dia menerima surat tuntutan daripada bekas pembantu Perdana Menteri Anwar Ibrahim, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak.

“Saya mengesahkan telah menerima satu surat dari Tetuan Ahmad Deniel, Ruben & Co yang mewakili Datuk Wira Farhash Wafa Salvador, bekas Setiausaha Politik Dato’ Seri Anwar Ibrahim bertarikh 22 Ogos 2025.

"Surat cease dan desist itu membuat tuntutan supaya saya berhenti mengeluarkan kenyataan dan meminta maaf, berhubung satu kenyataan saya yang mengesahkan pemberi maklumat adalah berkaitan urusniaga syarikat yang berkaitan beliau,” kata Rafizi dalam satu kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, ahli parlimen Pandan itu menegaskan kenyataannya itu berasaskan fakta dan dia bersedia mempertahankan diri di mahkamah.

Rafizi turut memaklumkan dia telah melantik firma guaman Tetuan Gan, Ho & Razlan Hadri untuk tindakan lanjut berhubung perkara tersebut.

“Saya berpandangan sekiranya Datuk Wira Farhash memfailkan saman di mahkamah kelak, ia akan menjadi kes berkepentingan awam dan peguam-peguam saya berpeluang menanyakan soalan-soalan yang ditimbulkan oleh pelbagai pihak selama ini,” tambahnya.

Serangan terhadap anak

Pada 20 Ogos lalu, Rafizi berkata pemberi maklumat yang ditemuinya – hanya beberapa hari sebelum anaknya diserang pada 13 Ogos – berkaitan dengan Farhash.

Dia memberi bayangan serangan itu, dengan anak lelakinya berusia 12 tahun disuntik dengan jarum di tempat letak kereta sebuah pusat beli-belah di Putrajaya, mungkin ada kaitan langsung dengan pertemuan tersebut.

Rafizi turut mendedahkan butiran lanjut mengenai pertemuan itu selepas beberapa pihak cuba mengaitkan serangan berkenaan dengan bekas perdana menteri Ismail Sabri Yaakob dan bekas menteri kesihatan Khairy Jamaluddin, dengan dakwaan dia sedang menyiasat kes membabitkan mereka.

Ahli parlimen PKR itu mengecam dakwaan tersebut sebagai “cubaan jahat untuk mengalih perhatian”.

Farhash pula menafikan sebarang kaitan dengan serangan terhadap anak Rafizi.

Tiada ulasan: