"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

HASSAN ALI KINI MULAI BELAJAR MEMBUAT FITNAH

wfauzdin_ns


DR HASSAN ALI setelah dipecat dari PAS kini mulai belajar dari beberapa pemimpin Umno untuk melakukan kerja fitnah. Kononnya seorang pejuang Islam yang tulen, tetapi melakukan fitnah terang-terangan apabila mendakwa DS Anwar menyokong golongan Homoseks hanya berpandukan kepada media pencacai dan wawancara di Youtube yang beliau sendiri tidak melihatnya sepenuhnya wawancara berkenaan. Baca apa yang `Pejuang Islam, kaki fitnah' itu sebut  di SINI .

Pada saya Dr Hassan Ali lebih bangsat dari segala bangsat demi kerana dendam dan hati yang busuk terhadap DS Anwar. Beliau melepaskan dendamnya akibat terbuang dari PAS dan ingin meletakkan dirinya sebagai Pejuang Islam yang agung. Apa sebenarnya masalah bangsat ini? Mula-mula menuduh PAS tidak betul kerana prinsip Negara Berkebajikan. Kemudiannya, tarik balik dakwaan beliau itu kononnya beliau terlebih cakap. Selepas itu, menghasut orang ramai agar tidak menyokong DS Anwar Ibrahim semata-mata beliau mendengar khabar bahawa DS Anwar tidak bermoral.

Apabila dipecat dari PAS, beliau menuding jari ke atas DS Anwar mengakibatkan beliau dipecat. Kemudiannya menyebut terdapat `parasit-parasit' di dalam PAS yang menyebabkan beliau dipecat. Ertinya, sudah tentu bukan DS Anwar `parasit' kerana DS Anwar bukan berada di dalam PAS. Tetapi mengapa si bangsat ini menuduh DS Anwar menyebabkan beliau dipecat? Ini bermakna, hujah yang lintang pukang dari awal menunjukkan Dr Hassan Ali ini mempunyai hati yang busuk dan tidak hairanlah orang seperti ini dicampakkan oleh PAS selayaknya ke dalam tong najis.

Beliau menyebut, Tuan Guru Nik Aziz dan Hj Hadi lebih layak jadi PM dari DS Anwar. Memanglah, jika ditanya pada kita sekalipun kita pun beranggapan sedemikian. Tetapi, jika Tuan Guru Nik Aziz atau Hj Hadi bersetuju DS Anwar menjadi PM sepertimana Almarhum Ustaz Fadzil Noor juga pernah bersetuju DS Anwar jadi PM, apa masalahnya yang menyakitkan hati bangsat ini? Apakah kerana dia rasa jika bukan Tuan Guru Nik Aziz atau Hj Hadi yang layak menjadi PM, maka beliau merasa beliau yang layak? Jijik aku membayangkan orang ego, sombong dan bongkak ini mahu dilantik menjadi PM.

Dr Hassan Ali masuk PAS ketika PAS sudah segar bugar. Beliau tidak pernah merasai kesusahan di dalam PAS sebagaimana Mat Sabu, Mahfuz dan beberapa orang lain rasai. Usahkan mahu menyebut bangsat ini pernah dipenjarakan atau ditangkap di lokap mahu pun di bawah Akta ISA, mahu melihat bangsat ini hadir berhimpun di dalam demontrasi selaku pejuang pun susah. Beliau masuk PAS beberapa tahun kemudian terus berada di pejabat penghawa dingin selaku Exco. Apa keperitan yang beliau rasai sepanjang di dalam PAS?

Islam tidak boleh tertegak hanya dengan ucapan tegang-tegang urat leher mahu pun kembang-kembang hidung berteori, wahai Hassan Ali. Islam tidak boleh ditegakkan dengan bersekongkol dengan musuh-musuh Islam dan membuat fitnah. Islam juga tidak boleh didaulatkan secara bersendirian.

Allah tidak memandang seseorang itu pada awal kehidupannya, tetapi Allah memandang seseorang itu pada akhir penghidupannya. Dan, bangsat ini telah memilih jalan yang beliau lalui sekarang iaitu meninggalkan Jemaah Islam untuk bersama golongan-golongan munafik yang menjadikan fitnah sebagai cara hidup./wfauzdin.blogspot.com

Nik Abduh ganti TG Nik Aziz bertanding di DUN Chempaka?

Muda Mohd. Noor
nik abduh
PETALING JAYA: Politik Kelantan terutama PAS yang penuh dengan kontroversi dan spekulasi paling kerap diperkatakan sejak sekian lama.


Bila Datuk Nik Aziz Nik Mat akan melepaskan jawatan menteri besar Kelantan yang disandangnya sejak lebih 20 tahun lalu semakin hangat menjadi perbualan.

Siapa pengganti Nik Aziz? Adakah exco kanan Datuk Husam Musa yang pernah disebut-sebut sebelum ini? Bagaimanapun, isu itu lenyap begitu sahaja.

Kini muncul pula khabar angin bahawa seorang anak lelaki Nik Aziz akan bertanding di sebuah DUN Kelantan dalam pilihan raya umum ke 13.

Tidak pasti sama ada Nik Abduh, yang juga timbalan ketua Pemuda PAS Pusat akan bertanding di kerusi ayahnya, Cempaka.

Bagaimanapun, jika Nik Aziz mengundur diri, anak lelakinya itu hampir pasti bertanding di DUN tersebut.

Bagaimanapun, sehingga ini tidak ada kata putus sama ada Nik Abduh akan bertanding atau tidak.

Ramai gugur

Ahli PAS Kelantan dikatakan sangat mengalu-alukan jika Nik Abduh mahu bertanding dalam pilihan raya.

Sumber dalaman parti, memberitahu, ahli parlimen Bachok Nasharuddin Mat Isa hampir pasti digugurkan dijangka Husam bertanding di situ.

Manakala, Salahuddin Ayub yang kini ahli parlimen Kubang Kerian akan dipindahkan ke parlimen Pasir Mas yang kini diwakili Datuk Ibrahim Ali.

Pada pilihan raya 2008, Ibrahim bertanding atas tiket PAS sebelum mengisytiharkan sebagai ahli parlimen bebas.

“Ramai juga wakil rakyat PAS sekarang dijangka digugurkan untuk memberi ruang kepada muka baru.

“Saya tidak pasti dengan wakil rakyat yang sudah veteran seperti Datuk Abdul Halim Abdul Rahman (parlimen Pengkalan Chepa) dan Datuk Takiyuddin Hassan (DUN Bunut Payong) serta beberapa yang lain,” katanya.

PAS memerintah Kelantan sejak pilihan raya umum 1990 dan Nik Aziz sudah menjadi menteri besar lebih 20 tahun.

Anak Datuk ditahan semula selepas 6 tahun berhubung kes rogol dan bunuh


SUSPEK diiring keluar dari Mahkamah Majistret Sungai Petani, Kedah semalam selepas mendapatkan perintah tahanan reman.
SUNGAI PETANI: Pemburuan polis sejak enam tahun lalu terhadap seorang lelaki yang melarikan diri ke Perth, Australia ketika dibebaskan sementara bagi membantu siasatan berhubung kes rogol dan bunuh seorang eksekutif pemasaran berakhir apabila suspek itu dapat ditahan kelmarin.

Jurujual kereta berusia 31 tahun itu ditahan petang kelmarin di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebaik tiba dari Perth. Jarak di antara dua tempat itu kira-kira 6,760 kilometer.

Anak ahli perniagaan bergelar Datuk itu kini direman selama enam hari bagi membantu siasatan kes rogol dan bunuh melibatkan seorang wanita, Chee Gaip Yap, 25, di kawasan perumahan Kelab Cinta Sayang di sini pada 14 Januari 2006.

Difahamkan, suspek bertindak melarikan diri ke luar negara ketika dia dibebaskan dengan jaminan polis sementara menunggu keputusan ujian DNA. Sebelum itu, suspek ditahan bersama 11 lelaki warga asing di perumahan Aman Jaya di sini pada pukul 2 pagi 3 Februari 2006.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Asisten Komisioner Mohd. Zakaria Ahmad berkata, polis telah cuba mengesan suspek yang bertindak melarikan ke Australia sejak tahun 2006. Dia kemudian memegang taraf penduduk tetap negara itu.

"Polis tidak pernah menutup kes ini dan sentiasa mengikuti perkembangannya setiap dua bulan," katanya.