"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Nik Abduh ganti TG Nik Aziz bertanding di DUN Chempaka?

Muda Mohd. Noor
nik abduh
PETALING JAYA: Politik Kelantan terutama PAS yang penuh dengan kontroversi dan spekulasi paling kerap diperkatakan sejak sekian lama.


Bila Datuk Nik Aziz Nik Mat akan melepaskan jawatan menteri besar Kelantan yang disandangnya sejak lebih 20 tahun lalu semakin hangat menjadi perbualan.

Siapa pengganti Nik Aziz? Adakah exco kanan Datuk Husam Musa yang pernah disebut-sebut sebelum ini? Bagaimanapun, isu itu lenyap begitu sahaja.

Kini muncul pula khabar angin bahawa seorang anak lelaki Nik Aziz akan bertanding di sebuah DUN Kelantan dalam pilihan raya umum ke 13.

Tidak pasti sama ada Nik Abduh, yang juga timbalan ketua Pemuda PAS Pusat akan bertanding di kerusi ayahnya, Cempaka.

Bagaimanapun, jika Nik Aziz mengundur diri, anak lelakinya itu hampir pasti bertanding di DUN tersebut.

Bagaimanapun, sehingga ini tidak ada kata putus sama ada Nik Abduh akan bertanding atau tidak.

Ramai gugur

Ahli PAS Kelantan dikatakan sangat mengalu-alukan jika Nik Abduh mahu bertanding dalam pilihan raya.

Sumber dalaman parti, memberitahu, ahli parlimen Bachok Nasharuddin Mat Isa hampir pasti digugurkan dijangka Husam bertanding di situ.

Manakala, Salahuddin Ayub yang kini ahli parlimen Kubang Kerian akan dipindahkan ke parlimen Pasir Mas yang kini diwakili Datuk Ibrahim Ali.

Pada pilihan raya 2008, Ibrahim bertanding atas tiket PAS sebelum mengisytiharkan sebagai ahli parlimen bebas.

“Ramai juga wakil rakyat PAS sekarang dijangka digugurkan untuk memberi ruang kepada muka baru.

“Saya tidak pasti dengan wakil rakyat yang sudah veteran seperti Datuk Abdul Halim Abdul Rahman (parlimen Pengkalan Chepa) dan Datuk Takiyuddin Hassan (DUN Bunut Payong) serta beberapa yang lain,” katanya.

PAS memerintah Kelantan sejak pilihan raya umum 1990 dan Nik Aziz sudah menjadi menteri besar lebih 20 tahun.

Tiada ulasan: