"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Anak Datuk ditahan semula selepas 6 tahun berhubung kes rogol dan bunuh


SUSPEK diiring keluar dari Mahkamah Majistret Sungai Petani, Kedah semalam selepas mendapatkan perintah tahanan reman.
SUNGAI PETANI: Pemburuan polis sejak enam tahun lalu terhadap seorang lelaki yang melarikan diri ke Perth, Australia ketika dibebaskan sementara bagi membantu siasatan berhubung kes rogol dan bunuh seorang eksekutif pemasaran berakhir apabila suspek itu dapat ditahan kelmarin.

Jurujual kereta berusia 31 tahun itu ditahan petang kelmarin di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebaik tiba dari Perth. Jarak di antara dua tempat itu kira-kira 6,760 kilometer.

Anak ahli perniagaan bergelar Datuk itu kini direman selama enam hari bagi membantu siasatan kes rogol dan bunuh melibatkan seorang wanita, Chee Gaip Yap, 25, di kawasan perumahan Kelab Cinta Sayang di sini pada 14 Januari 2006.

Difahamkan, suspek bertindak melarikan diri ke luar negara ketika dia dibebaskan dengan jaminan polis sementara menunggu keputusan ujian DNA. Sebelum itu, suspek ditahan bersama 11 lelaki warga asing di perumahan Aman Jaya di sini pada pukul 2 pagi 3 Februari 2006.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Asisten Komisioner Mohd. Zakaria Ahmad berkata, polis telah cuba mengesan suspek yang bertindak melarikan ke Australia sejak tahun 2006. Dia kemudian memegang taraf penduduk tetap negara itu.

"Polis tidak pernah menutup kes ini dan sentiasa mengikuti perkembangannya setiap dua bulan," katanya.

Tiada ulasan: