"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Dun Terengganu tidak pernah luluskan Hudud, Qisas ?

Khairul Azlam Mohamad dan Sazali Mohd Noor  

KUALA TERENGGANU, 14 Apr (Hrkh)- Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Manir, Dato� Harun Taib dijangka akan membangkitkan semula satu jawapan kerajaan yang bersifat 'bohong' mengenai jawapan bertulis kepada soalan lisannya.

Katanya, kerajaan negeri Terengganu dalam jawapan bertulis kepada soalan-soalan lisan yang tidak sempat dijawab pada Sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) pada Disember tahun 2008 lalu telah menyatakan 'Dewan ini tidak pernah meluluskan Enakmen Jenayah Syariah '(Hudud dan Qisas)' tersebut.

"Insya�Allah, saya (Harun) akan bangkitkan isu ini dalam perbahasan ucapan Yang DiPertua Majlis Pemangku Raja di sidang Dun Terengganu kali ini.

"Jawapan kerajaan kepada soalan saya, bahawa 'soalan ini tidak pernah berbangkit kerana Dewan ini tidak pernah meluluskan Enakmen Jenayah Syariah' (Hudud dan Qisas)� ujarnya.

Beliau yang juga Ketua Writ PAS Dun Terengganu berkata demikian merujuk kepada soalan lisan yang dikemukakannya, 'Bilakah kerajaan negeri Terengganu bercadang untuk melaksanakan Enakmen Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas)'.

Menurutnya, kertas jawapan bertulis itu diedarkan kepada semua Adun Terengganu yang bersidang pada Mesyuarat Yang Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Kedua Belas yang bermula hari ini (13 April) hingga 15 April 2009.

"Kita (PAS) akan meminta penjelasan kerajaan, sama ada jawapan yang 'tidak benar' (bohong) itu ditulis secara sengaja atau tidak , atau pun ia (jawapan) merupakan kesalahan teknikal sehingga memberikan jawapan yang bertentangan dengan apa yang telah diputuskan oleh Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu," tegasnya ketika ditemui di Pejabat Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu, semalam.

Dato� Harun pernah memegang jawatan Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah dan Pendidikan Kerajaan Negeri Terengganu ketika di bawah pemerintahan PAS Terengganu (1999-2004).

Katanya, Dun Terengganu telah meluluskan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) pada 8 Julai 2002 bersamaan 1424H/2002M.

"Sekiranya, jawapan itu disengajakan bermakna kerajaan Barisan Nasional (BN) Terengganu cuba menyembunyikan fakta sebenar kerana enakmen (Hudud dan Qisas) itu bukan sahaja telah diluluskan malah mendapat perkenan Tuanku Sultan Terengganu pada 2 September 2002.

"Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah itu juga telah diwartakan pada 25 September 2002 sebagaimana yang tercatat dalam portal e-syariah," ujarnya.

Menurutnya, antara kejayaan paling besar yang dicapai dalam masa empat tahun pemerintahan kerajaan PAS Terengganu adalah menggubal Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Terengganu dengan enakmen tersebut.

Katanya, kejayaan tersebut (enakmen) tidak boleh dilakukan oleh kerajaan Umno-BN Terengganu yang memerintah negeri ini selama 40 tahun.

Tiada ulasan: