"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

'Slogan kerajaan sebelum ini yang hanya manis dibibir... ' - Khir Toyo

Harakahdaily  

KUALA LUMPUR, 14 April (Hrkh) - Bekas Menteri Besar Selangor Dato' Seri Khir Toyo berharap kabinet baru yang dibentuk tidak menjanjjikan sesuatu yang sukar dilaksanakan sehingga menghilangkan sekali lagi kepercayaan rakyat terhadap kerajaan.

"Saya berharap kabinet kali ini tidak menjanjikan sesuatu yang sukar dilaksanakan atau terlalu banyak slogan sehingga rakyat sekali lagi hilang kepercayaan kepada kerajaan," katanya dalam blog perbadi beliau.

Dalam pada itu kerajaan katanya perlu menerangkan apakah yang dimaksudkan dengan konsep 1Malaysia yang disebutkan oleh Dato' Seri Najib Tun Razak kerana telah berlaku kecelaruan fikiran di kalangan rakyat terhadap konsep tersebut.

"Ada pula yang menyamakannya dengan konsep Malaysia Malaysia yang dibawa oleh DAP sebelum ini. Saya khuatir slogan ini akhirnya akan menjadi seperti beberapa slogan kerajaan sebelum ini yang hanya manis dibibir tetapi tiada keberkesanannya," katanya

Sementara itu beliau mengalu-alukan pengecilan jumlah kabinet, namun agak terkilan dengan pemansuhan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi yang menjadi tempat bernaung golongan usahawan muda dan juga Majlis Amanah Rakyat.

"Saya khuatir pemansuhan ini dan meletakkan bahagian Pembangunan Usahawan di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) akan mengurangkan bantuan, sokongan dan perbelanjaan kepada golongan muda," katanya.

Tiada ulasan: