"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Ada "cai dan" dalam PAS?

Anda tahu "cai dan"? Dalam MCA, "cai dan" merujuk kepada senarai "block voting". Dalam PAS, saya dengar ada orang panggil "undi rakit". Maknanya undi ikut kumpulan atau undi ikut team.

Contohnya, kalau saya penyokong kumpulan yang mahu bertepuk tampar saling gatal-menggatal sondol-menyondol dengan Umno (na'zubiLlahi min zalik!), saya akan sediakan "cai dan" kumpulan saya. "Ni (orang-orang kuat) rakit kita, undi orang yang dalam rakit kita sahaja!" Itu pesanan si tongong pembikin "cai dan" kepada si tengin yang kerjanya menyerah tengkuk untuk dipulas-pulas oleh orang lain. Dia tak ada otak untuk berfikir sendiri apa yang terbaik untuk partinya.

Kalau saya penyokong puak gila Anwar pula (na'zubiLlahi min zalik!), saya akan buat "cai dan" yang penuh dengan nama mamat-mamat bangang yang ketagih sangat nak melihat Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri negara ini. Mereka juga jenis bangang tahap tak boleh ditolong lagi!

Saya meluat dengan gelagat kedua-dua pihak walaupun tidaklah saya meluat orangnya. Meluat perangai. Saya rindukan PAS selepas muktamar 1982 dan sebelum muktamar 1986. Itulah zaman perpaduan yang paling gemilang di dalam PAS yang pernah saya tengok. Selepas muktamar PAS 1986, ada calar-balar di sana-sini sehinggalah ke hari ini.

Adakah para perwakilan muktamar PAS dari 5 hingga 7 Jun nanti akan disogok dengan "cai dan"? Saya tidak tahu. Tetapi, saya telah mendengar perkataan "rakit" dan "undi rakit" beberapa kali.

Saya tak boleh nak kata apa-apa. Saya hanya penyokong Fasal 5 Perlembagaan PAS.

Saya hanya mampu berangan-angan. Ah, kalaulah saya ahli PAS dan orang nak sodokkan "cai dan" mereka ke tangan saya, saya akan ludah muka orang itu - tak kira puak mana pun!

"Hey babi! Hang ingat aku tak dak otak ka nak pilih mana pemimpin yang aku rasa terbaik untuk PAS?!! Aku pilih orang yang tak lupa Allah bila melihat dunia, tak jakun dunia, sahabat rakyat, rajin, berani dan paling penting ada otak!!"

Mana contohnya? Saya malas nak puji orang yang hidup lagi. Tok Guru Presiden selalu pesan dahulu supaya jangan memuji orang belum mati sebab dia boleh berubah.

Manusia tetap ada kelemahan. Walaupun beliau memang banyak kelemahan kerana sifatnya sebagai manusia, saya lihat sedikit-sebanyak Almarhum Ustaz Fadzil Noor memenuhi ciri-ciri itu.

1. Tak lupa Allah bila melihat dunia

Hampa ingat orang tak umpan Ustaz Fadzil dengan macam-macam benda? Selepas 29 Mac 1982 bila Anwar mengkhianati rising tide of Islam di negara ini, tergedik-gedik kawan-kawan Anwar menggelinjang dalam Umno. Waktu itu, selepas Anwar, Ustaz Fadzillah yang paling diidamkan untuk menjadi panglima pembunuh rising tide of Islam. Kalau setakat orang-orang Abim yang lain, taraf nasi tambah ja depa tu!

Saya tahu pelbagai umpan yang terhidang di depan Ustaz Fadzil, sesetengahnya atas nama ulama Pak Arab mana aku pun tak tau. Tetapi, Ustaz Fadzil tetap istiqamah dengan perjuangan Islam sehingga ke akhir hayatnya.

2. Tak jakun dunia

Hidup Almarhum sangat sederhana. Dan, tidak pula kedekut taik idung masin. Tak bina istana walaupun berlambak korporat yang nak sponsor kereta dan rumah lebih selesa kepadanya. Seingat saya, harta paling banyak yang dia perolehi adalah apabila beliau menyaman pihak yang menganiayai atau memfitnahnya. Sebelum dapat duit saman, dok pakai kereta Mazda kecik yang buruk tu lah!

Selepas dipecat sebagai pensyarah UTM, saya tak lupa Kak Jah isterinya jual asam keping dan beras pulut kerana nak cari rezki dan Allahyarham Pak Mat Jawa pula tolong jual kain pelikat dan batik untuk Ustaz Fadzil.

Bila dia jadi Ketua Pembangkang, memang dia pakai Mercedez terpakai, tetapi berhutang. Bila beliau kembali ke pengkuan Kekasihnya, hutang tak habis bayar lagi dan anak-anak dia tolak balik kereta tu.

Saya malas nak sebut ulasan-ulasan spontan Ustaz Fadzil terhadap orang-orang yang mewajarkan tindakan mereka pakai kereta mewah dan duduk hotel mewah. Takut ada yang terkena pula.

3. Sahabat rakyat

Saya tak ingat siapa sebut kat saya. Tetapi orang tu kata, "Semua orang rasa dia rapat dengan Ustaz Fadzil". Dalam ayat saya sendiri, saya selalu kata, "Ustaz Fadzil ni jenis orang yang kita rasa kita boleh pegang-pegang dia. Kita rasa rapat sangat dengan dia. Padahal, takkan Ustaz Fadzil rapat dengan bakaq!"

Itu illustrasi saya tentang Ustaz Fadzil. Kalau hampa tak faham, jangan nak kona-kona cakap aku!

4. Rajin

Orang tua tu tua atas jalan, tak rajin apanya! Hampa tau ka apa maksud tua atas jalan? Maknanya tak lekat di rumah, dok pi sana sini kerana nak ajak orang sokong perjuangan Islam, nak kuatkan PAS, apa saja kerana Allah. Maksudnya, sebahagian besar usianya dihaabiskan dalam perjalanan kerana berjuang.

5. Berani

Antara pemimpin PAS yang paling kuat maki polis yang kurang ajar ialah Ustaz Fadzil. Hampa mungkin tak pernah dengar pemimpin PAS yang cakap pandai tapi tanya ada permit ke tidak bila orang jemput berceramah. Ustaz Fadzil tak peduli semua itu. Kalau Pemuda PAS Kedah umpamanya kata "kita langgar ja, Ustaz," dia langgar.

Ada pemimpin yang suruh Pemuda PAS Kedah ubah tempat ceramah kerana takut kat polis. Ustaz Fadzil tak peduli semua itu. Setakat polis jaga road block selalu kena jerkah dengan dia, "Tepi! Orang nak pi ceramah ni!"

Saya tak lupa kata-katanya ketika berceramah sempena Muktamar PAS di Dewan KIA, Alor Setar pada tahun 1984, "Umno ni kita nampak kecik ja!"

Sebab itulah, apabila disembur oleh polis dengan air beracun yang celaka di hadapan kedutaan Amerika Syarikat, dia tak berganjak.

6. Ada otak

Haji Subky Latiff pernah menceritakan kepada saya bahawa ketika mesyuarat AJK PAS Pusat menemui jalan buntu, Ustaz Fadzil ada saja curahan idea dari Allah s.w.t. yang bersandarkan nas. Otak dia ligat!

Kalau berdebat, banyak orang boleh bercerita kelincahannya berdebat.

Setakat tu la cerita Almarhum.

Akhir sekali, pilihlah pemimpin yang diyakini boleh memartabatkan PAS sebagai parti politik berteraskan Islam bukan berdasarkan "cai dan".

Laa, ada pulak yang teringat dalam kepala - Ustaz Fadzil juga sangat bernasib baik kerana mendapat timbalan yang berkesan dan membantu, iaitu Tok Guru Presiden sekarang.

Tok Guru Presiden pula pernah nak tukar Setiausaha Agung PAS kerana beliau dilaporkan berkata "(Setiausaha Agung itu) tidak membantu". Tok Guru Presiden juga pernah nak menukar orang yang sama (kalau istilah saya, nak buang) yang menjadi Ketua Lujnah Tarbiyyah sessi 2007-2009 ini. Malangnya, beliau dihalang di dalam mesyuarat AJK PAS Pusat.

Tiada ulasan: