"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Parti Makkal Sakthi nafi ada kaitan dengan BN

 Rahmah Ghazali
Kumpulan serpihan Hindraf telah menubuhkan sebuah parti politik kaum India - Parti Makkal Sakti Malaysia (MMSP) tetapi menafikan ia ada sebarang kaitan dengan BN.

malaysia makkal sakti party official launch 190509 05Bekas penyelaras Hindraf, RS Thanenthirran, yang mengetuai parti tersebut, mengesahkan hari ini bahawa MMSP didaftarkan dua bulan lalu.

Mendaftar parti politik baru memang sukar di Malaysia. Contohnya, pendaftaran Parti Sosialis Malaysia (PSM) hanya diluluskan baru-baru selepas 10 tahun berusaha - tetapi Thanenthirran menunjukkan sijil kelulusannya di sidang akhbar tersebut (kiri).

Walaupun diluluskan dalam tempoh yang singkat, beliau bagaimanapun menafikan Makkal Sakti akan cenderung menyokong kerajaan BN.

"Kita akan bekerjasama dengan mana-mana parti tanpa mengira sama ada ia dari Pakatan Rakyat atau BN. Jika mereka membawa manfaat kepada masyarakat India, kita akan sokong mereka tanpa sebarang syarat," katanya, sambil menegaskan bahawa ia tidak semestinya bekerjasama dengan MIC.

Bercakap dalam sidang akhbar di Petaling Jaya, Thanenthirran juga berkata tidak sesiapa pun yang membiayai parti tersebut.

"Jika mereka hendak bagi kita wang, kita akan ambil... kerana kita tidak boleh bergerak jika kita tidak ada wang," tegasnya.
-malaysiakini-

Tiada ulasan: