"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Raja Petra: Tak Dapat Tanduk, Mula Pulas Telinga...

JANGAN ASYIK MENGATA ! ANAK KITA ADALAH HARTA BERNYAWA KITA !


Tiada akhbar yang memberi tajuk 'Raja Azman Ditahan' atau 'Raja Azman Dituduh Mencuri'. Yang ada ialah 'Anak Raja Petra Mengaku Mencuri', 'Anak Raja Petra Dituduh Mencuri' 'Anak Raja Petra...'. Semuanya kena sebut nama Raja Petra bagi melariskan akhbar!

Semuanya kena sebut nama Raja Petra! Tiba-tiba Raja Petra telah menjadi bahan pelaris akhbar. Sebuah akhbar bernama Kosmo (kepunyaan Utusan Meloya) siap mencatatkan profil dua anak beranak ini seperti berikut:

"Si-Bapa: Raja Petra Kamarudin, 59, seorang blogger terkenal, menghadapi beberapa tuduhan memfitnah dan menghasut di mahkamah.

Si-Anak: Raja Azman, 32, semalam didakwa di Mahkamah Majisterit Shah Alam atas empat tuduhan jenayah iaitu mencuri, pecah rumah dan memiliki harta curi."

Hebat Kosmo, pakai sebut 'si-' 'si-' saja, 'si-bapa' 'si-anak'! Kononnya hendak mempengaruhi fikiran masyarakat bahawa bapa jahat, anak pun jahat, bapa borek anak pun rintik. Sedang semua orang tahu Raja Petra tidak pernah dituduh di mahkamah atas tuduhan jenayah - mencuri, pecah rumah dan memiliki harta curi. Dia hanya dituduh menerbitkan artikel mengenai PM Satu Malaysia yang sangat tidak disenangi oleh hulubalang-hulubalang beliau.

Tiada ulasan: