"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

YB DAP Ditahan Polis

Polis menahan 2 orang wakil rakyat malam semalam. Seorang Ahli Parlimen YB Teo Nie Ching dan seorang lagi ADUN YB Jenice Lee. Kedua-dua wakil rakyat yang ditahan polis adalah wanita. Mereka ditahan kerana melibatkan diri dalam acara‘nyalaan lilin’ sebagai ‘tanda berkabung matinya demokrasi’.



Ahli Parlimen DAP Serdang dan ADUN 
DAP Teratai ini ditangkap bersama-sama dengan 9 orang ahli DAP di program ‘nyalaan lilin’ di Seputeh lebih kurang jam 8.20pm.


Nyalaan lilin itu telah diadakan di luar pejabat ahli Parlimen DAP Teresa Kok. Ia disertai berpuluh-puluh orang penyokong yang memakai baju-T berwarna hitam. 

Menurut pihak penganjur, nyalaan lilin itu diadakan sebagai menandakan "pembunuhan demokrasi oleh kerajaan haram Perak".

Penyokong-penyokong berkumpul di tanah lapang luar bangunan DAP. Mereka memegang poster-poster yang meminta DUN Perak dibubarkan. 

Sewaktu mereka hendak melancarkan kempen tandatangan, sebilangan besar anggota polis telah mengepungi mereka. Polis telah mengarahkan mereka beredar dari tempat itu dengan mengatakan bahawa perhimpunan itu adalah perhimpunan haram. 

Walau bagaimanapun, Ahli Perlimen Seputeh, YB Teresa Kok memberi penjelasan kepada polis bahawa mereka berkumpul di tanah persendirian dan polis tidak mempunyai bidangkuasa dalam perhimpunan tersebut. Tetapi, polis dengan degilnya memberi arahan supaya orang ramai meninggalkan tempat itu dengan segera.


Ketika itu, Jenice Lee memberitahu penyokong-penyokongnya supaya duduk dan tidak berganjak dari situ. Apabila penyokong-penyokong tidak mahu beredar dari tempat itu, polis telah mengambil tindakan untuk menangkap 2 orang wakil rakyat dan 9 orang penyokong yang lain. Polis sekali lagi telah bertindak keras terhadap wakil rakyat dan rakyat biasa. 

Mereka yang ditangkap dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields. Peguam-peguam DAP sedang menguruskan pembelaan bagi mereka yang ditahan oleh polis. Polis juga telah menghalau penyokong-penyokong DAP yang yang berkumpul di hadapan balai polis tersebut. 

Selepas itu, YB Lim Kit Siang, YB Teresa Kok dan YB Anthony Loke telah pergi ke balai polis Brickfields untuk mengetahui keadaan sebenar. Penyokong-penyokong menyalakan lilin di luar balai polis tersebut sebagai tanda membantah.

Belia DAP dan Suaram meminta semua tahanan dibebaskan dengan segera. Tindakan ini dianggap mencabuli hak asasi kemanusiaan dan Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

http://speakforperak.blogspot.com/

Tiada ulasan: