|
Tapi, cara falsafah ini akhirnya berubah sedikit di bawah penjajahan BN di Perak. Di bawah penjajahan Najib, kaedah 'pecah dan perintah' ini nampaknya kurang berhasil. Ini kerana, rakyat hari ini sudah enggan menelan slogan perkauman yang dibawa BN.
Firman Allah s.w.t dalam al-Quran: "Sesungguhnya Firaun berlaku zalim di bumi dengan melampaui batas dan dia menjadikan rakyatnya berpecah-pecah. Dia menindas sepuak antaranya dengan membunuh anak-anak lelaki mereka dan membiar hidup anak-anak perempuan mereka.." [Al-Qashas: 4]
Lalu, adakah Najib Razak telah mengubah dasar 'pecah dan perintah' ini kepada dasarnya yang terbaru; 'culik dan rampas' (kuasa)!
Kengganan Najib meletakkan calon BN di Penanti menggambarkan dirinya yang semakin takut kepada Pakatan Rakyat. Shafie Apdal dalam satu kenyataannya berkata bahawa isu samada BN takut atau tidak dalam mendepani pilihan raya di Perak, tidaklah penting.
"Kalau kita asyik adakan pilihan raya, apakah dapat penuhi keperluan masyarakat, apa yang penting di Perak (ialah) supaya kerajaan negeri dapat berfungsi, berjalan dengan lancar tanpa diganggu-gugat oleh kegiatan lain," katanya, mengulas pendirian Gerakan yang menyatakan bahawa pilihan raya negeri patut diadakan di Perak.
Ini dalih Shafie. Apa kata Nazri Aziz? Di Kuala Kangsar, Nazri menyifatkan desakan itu akan hanya menimbulkan polarisasi kaum.
"Buat apa kita adakan pilihan raya sekiranya memecah-belahkan rakyat," katanya selepas merasmikan mesyuarat agung cawangan-cawangan Umno Bahagian Padang Rengas.
Selain itu, kata Nazri, pilihan raya Perak menyebabkan duit rakyat hangus kerana ia akan membabitkan peruntukan sebanyak RM40 juta melibatkan 59 DUN. Bagaimanapun, ini dalih kedua dan ketiga; iaitu kononnya membazir dan menyebabkan polarisasi kaum.
Apa dalih Najib di Manado, Sulawesi?
Di Sulawesi, Manado, tanah tempat kelahiran Bugis, Najib baru-baru ini menyelar sikap pembangkang di atas masalah rampasan kuasa yang dilakukannya itu.
Dalam hati, jiwa dan perasaannya, telah membenih pelbagai keraguan, iaitu kemenangan di Bukit Gantang adalah manifestasi terhadap kemarahan rakyat Perak kepada beliau.
"Ia berlaku melalui proses yang selaras dengan Undang-undang Tubuh Negeri Perak dan sistem demokrasi berparlimen. Ini mesti diterangkan dan sebab itu saya kata pilihan raya adalah satu opsyen dan budi bicara... bukan (hal yang) semestinya. Yang menjadi masalah, dia (pembangkang) tidak terima dan menyusahkan proses ini berjalan seperti yang dilakukannya dalam DUN.
Masih lagi Najib berdalih dengan menyatakan bahawa pilihan raya adalah pilihan dan ia bukannya kemestian. Walhal, kalau Najib bersetuju diadakan pilihan raya, tiada sesiapa yang akan membantahnya.
Mengulas kekecohan terbaru, Najib menempelak pembangkang, "Siapa suruh gantung MB dan Exco BN. Ini bertentangan dengan semangat demokrasi berparlimen. Kalau macam ni kita (BN) ada majoriti di Parlimen... kita boleh gantung 20 ahli Parlimen pembangkang kalau kita mahu. Dengan prinsip yang sama (dengan di DUN Perak), kita ada kuasa... budi bicara, kita buatlah sesuka hati kita."
Tapi Najib tak faham atau berpura-pura tak faham. Sikap PR menggantung Zambry, exco BN ini adalah reaksi kepada dasar 'culik dan rampas' yang dipelopori Najib. Kalau bukan kerana dasar 'culik dan rampas' oleh Najib ini, tentu PR tidak melakukan sedemikian.
Rampas kuasa
"Jangan lupa pada 16 September lalu siapa yang cuba nak curi 21 ahli Parlimen kita? Dia (pembangkang) lakukan perkara sama, tetapi apabila gagal dan kita pula berjaya di Perak, kita pula yang dikatakan tidak demokratik. Kita pula yang dituduh merampas kuasa.
"Percubaan merampas kuasa yang pertama dilakukan oleh pakatan pembangkang tetapi tak berjaya... bukan kita (BN) yang memulakan," katanya kepada media di Manado.
Lompat parti berpada-pada; culik Adun jangan sekali
Biarpun hal melompat parti masih ada ruang besar untuk didebat, tapi, bagi memudahkan kesimpulan, mari digali beza falsafah dan sikap melompat parti dalam acuan Anwar dan Najib ini. Sudah tentu ada persamaan antara mereka.
Baca selanjutnya:- http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=020849&Itemid=90
Tiada ulasan:
Catat Ulasan