"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

TIGA HAKIM DENGAN RAYUAN HJ NIZAR HARI INI

Hari ini kes rayuan Hj Nizar yang membantah keputusan Mahkamah Rayuan menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi akan didengari oleh tiga orang hakim iaitu Yang Arif Dato' Md. Raus bin Sharif, Yang Arif Dato' Wira Abu Samah bin Nordin, Yang Arif Datuk Sulong bin Matjeraie.

Berdoalah semuga para hakim ini akan diberi hidayah dan inayah Allah swt. supaya menghakimi dengan penuh keadilan dan membuat keputusan di atas prinsip kebenaran. Jauhilah sebarang usaha jahat dari mana-mana pihak yang cuba mencampuri urusan penghakiman hari ini.


Bila tengok nama Yang Arif Dato' Md. Raus bin Sharif salah seorang hakim yang akan mendengar kes ini saya rasa Nizar masih ada peluang.

Tiada ulasan: