"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Buang susu segar ke dalam parit - Adakah ini sikap orang Melayu?

Muramatsu
Saya mushkil kerana toke susu ini membuang susu segar hasil dari kilangnya dibuang ke dalam longkang begitu saja kerana kilang memproses susu tidak menerima susu dari ladangnya kerana lebih mahal dari susu import.

Saya mushkil kerana perangai melayu DATUK SYED MUHD ALWI ini tidak mencerminkan orang kaya melayu lain yang suka tolong orang-orang miskin. Apalah salahnya kalau susu itu diberi kepada sekolah-sekolah percuma dari di curah kelongkang. Banggakah Melayu jenis ini membuang susu kelongkang begitu saja?.

Saya mushkil kerana melayu DATUK SYED MUHD ALWI ini tidak mencerminkan melayu korporat lain misalnya TUN/TAN SRI SYED MOKHTAR ALBUKHARI yang kini jadi toke beras pula itu, yang dikatakan pemurah. Begitu juga DATUK SYED MUHD ALWI ini tidak seperti DATUK SERI SYED NAZIMUDDIN (Allahyarham) dan anak-anak Syednya yang lain yang betapa baik hati dan pemurah.

Disamping itu, DATUK SYED MUHD ALWI ini tidak berasakah betapa perbuatannya membuang susu begitu saja akan menjejaskan nama baik kerabat-kerabat SYED termasuklah Syed Kickdefella yang berasal dari keturunan Raja Jembal itu.

Carilah cara lain supaya susu itu tidak dibuang kelongkang. Takkan ini ajaran Dasar Ekonomi Baru.

Seperti DATUK SYED dan TAN SRI SYED yang lainnya itupun jadi jutawan atas Dasar Ekonomi Baru.

Kalau bagi sedekah susu kepada pengusaha nasi kandar pun sudah banyak dapat manafaat. Takkan nak tekan KERAJAAN MALAYSIA dengan cara filem hindustan ini.

Adakah UMNO setuju ini sikap dan perangai tokoh-tokoh korporat yang dihasilkan dari Dasar Ekonomi Baru yang UMNO banggakan itu?.

Fikir-fikirlah melayu - yang bawa cawan tadah susu dari lori DATUK SYED MUHD ALWI ini.

Muramatsu
England.

Tiada ulasan: