"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Tiong Lai dan 12 Ahli Jawatankuasa Pusat MCA Letak Jawatan

Naib presiden MCA, Liow Tiong Lai bersama 12 perwakilan hari ini meletakkan jawatan bagi memberi laluan kepada pemilihan semula pucuk pimpinan parti itu.

Bercakap kepada pemberita selepas menyerahkan surat perletakan jawatannya kepada setiausaha agung parti, Wong Foon Meng, Tiong Lai berkata, pemilihan semula ahli jawatankuasa pusat MCA sangat penting bagi memulihkan kirisis dalam MCA yang sudah lama berlarutan.

“Kita juga faham , MCA sudah kesuntukan masa. Kita tidak ada masa untuk berdolak-dalik dan terus menyebabkan krisis MCA berpanjangan. Kita perlu melakukan ini untuk menyelesaikan masalah parti kita dengan cepat” ujarnya kepada pihak media.

Menurut Tiong Lai juga, apa yang dilakukan olehnya dan 12 yang lain merupakan sebahagian daripada tanggungjawab ahli jawatankuasa pusat parti itu.

“Dan ini sebagai tanggungjawab ahli-ahli jawatankuasa pusat MCA, tanggungjawab kita bersama. Kita telah dipilih oleh perwakilan dan perwakilan yang akan menentukan masa depan MCA”.

Pada masa ini seramai 13 orang sebagai ahli jawatankuasa parti itu telah meletakkan jawatan dan mengikut perlembagaan parti berkenaan, lapan orang lagi diperlukan bagi membolehkan pemilihan semula pucuk pimpinan dijalankan.

Berikut senarai jawatankuasa parti yang telah meletakkan jawatan :- Liow Tiong Lai, Tan Kok Hong, Lee Wei Kiat, Hou Kok Chung, Yu Chok Tow, Wong Nai Chi, Wee Jeck Seng, Yeow Chai Tiam, Hoh Khai Mun, Liew Yuen Keong, Edward Khoo Keok Hai dan Alex Wong Siong Hwee.
-tvselangor-

Tiada ulasan: