"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Dewan Ulama masih buta dengan media baru?

PolisPencen

"Saya rasa semacam terharu juga apabila sebahagian besar yang memberi komen mengenai blog ini agak positif dan membina. Memahami tulisan dan maksud penulisan yang diketengahkan pada media bebas ini.

Saya juga mengucapkan terima kasih kepada alhusseyn (Cikgu Husseyn) atas kemantangannya bila saya menegur beliau. Saya belum lagi pencen menulis, hanya melarikan diri daripada dunia siber buat sementara waktu.

PAS akan mengadakan Konvensyen Blogger pada 20 Disember ini. Adalah dipercayai ramai blogger yang akan hadir, walaupun ada unsur-unsur sabotaj secara halus oleh mereka yang tidak selari dan sehaluan dengan kepimpinan PAS. Usaha ini "mungkin dan sekadar pendapat saya" akan mengekangkang sedikit suara-suara mereka yang bertentang arus ini.

Saya bersetuju dengan Ustaz Idris Ahmad dalam mengadakan konvesyen ini, walaupun ada yang ingin melempar 'selipar buruk' ke arah kepimpinan dan orang-orang yang tidak mengikut kehendak dan pendapat mereka. Bagi saya konvensyen sesuai dengan maknanya boleh memberikan beberapa maklumat kepada PAS dalam memangani beberapa isu terutama bagi mengedalikan media baru ini untuk menghadapi pilihan raya ke-13.

Saya menulis hari ini bukan kerana nak berhujah panjang setuju atau tidak mengenai konvensyen yang diadakan tetapi saya lebih menjurus kepada Dewan Ulama PAS, sama Pusat atau negeri-negeri.

Sekarang semua orang bercakap tentang internet, online dan komputer. Media baru menjadi medan dakwah yang besar. Blog tidak lebih daripada 5 minit boleh dibina oleh sesiapa pun. Hampir semua orang ada Blog. PM pun nak berblog juga. Malah Dato' Seri Najib sendiri ada Facebook.

Dewan Ulama PAS di mana dalam hal ini? Masih dipondok-pondok dengan kitab lamanya? Saya bukan menghina pondok, setiap hari dah hampir dua minggu saya berulang-alik ke pondok untuk mencari keredhaan Illahi.

Saya search laman atau blog Dewan Ulama bagi PAS. Saya hanya jumpa 6 laman iaitu Dewan Ulama PAS Pusat, Dewan Ulama PAS Perak, Dewan Ulama PAS Johor, Dewan Ulama PAS Pahang, Dewan Ulama PAS Terengganu dan Dewan Ulama PAS Wilayah Persekutuan. Mungkin ada lagi tapi tidak terjumpa.

Dalam 6 ini ada yang tak dikemas kini, manakala yang dikemas kini pula hanya sekadar menyediakan teks khutbah sahaja. Terfikir saya itu sahaja ke tugas dan tanggungjawab Lajnah Penerangan Dewan Ulama di setiap negeri?

"Masyarakat internet" telah dinodai dengan pelbagai pemikiran yang banyak merosakkan. Siapa yang perlu mengambil peranan lebih dalam hal ini?

Isu-isu dalaman PAS juga menjadi tidak asing untuk dibahaskan di media baru ini, semua dikorek untuk dipaparkan. Jika ada najis di dubur pun mungkin akan diambil gambar oleh pemimpin PAS yang berstatus blogger untuk di paparkan di media baru bagi menunjukkan kebusukan antara satu sama lain.

Siapa yang perlu membetulkan dalam hal ini. Ulamalah kerana PAS adalah kepimpinan Ulama. Jika Dewan Ulama di setiap negeri masih ketinggalan dalam hal ini, saya tidak tahu apa terjadi kepada PAS untuk beberapa tahun akan datang.

Bila ada sesuatu isu mengenai PAS, misalnya mengenai doa Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Kita mahu pandangan daripada Ketua Dewan Ulama PAS Pusat. Sukar untuk dapatkan pandangan ini. Harakahdaily sendiri pun tidak menyiarkannya (Saya dah malas dan muak bercakap mengenai Harakahdaily, dah nak berbuih mulut tapi masih di tahap yang sama. Artikel saya pernah masuk mesyuarat Lembaga Pengarah tetapi penyelesaiannya masih orang yang ditegur itu juga mengenalikan wang besar.. tunggu akan saya ambil gambar najis didubur ini untuk kita nilai semuanya..)

Hanya ada di Sinar Harian. Kita bercakap soal boikot media-media ini tetapi pimpinan kita masih buat kenyataan. Muryidul Am PAS dalam mesyuarat juga mengatakan tak akan membuat kenyataan tetapi tak sampai satu seminggu masih lagi menjadikan Utusan Malaysia sebagai sebagai suara luahan. Ini tidak lain adalah "Kemuncup Dalam Perjuangan" (sesuai dengan buku tulisan beliau) bagi PAS untuk mencabutnya, jika tidak akan men"gatal"kan diri.

Kita belum bercakap lagi soal remaja sekarang dengan dunia internet yang serba membimbangkan yang boleh menjurus kepada syirik dan mungkar. Ini peranan Dewan Ulama untuk sehaluan dengan dunia baru.

Saya mengharapkan kehadiran Dewan Ulama dalam konvensyen ini, sekurang-kurangnya boleh berjinak dan paling tidak pun selepas balik daripada konvensyen nanti blog dan laman mereka dikemaskini tidak setiap hari pun seminggu sekali. Kalau masih tak mampu delete sahaja blog itu buat menyemak search engine sahaja.

http://polispencen.blogspot.com/

Tiada ulasan: