"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pelik Tapi Nyata Ikhlasnya Naib Presiden Umno.

mohdnoorawang
Hebat sekali pemimpin umno. Pemimpin kanan dalam kabinet DS Muhd Najib Razak dan Naib Presiden Umno Datuk Sri Hishammudin Tun Husein mencatat sejarah dalam Malaysia telah menghadiahkan sebuah kereta mewah kepada seorang artis penyanyi cukup popular Anuar Zain.(sumber berita dipetik dari: - selamatkanumno.blogspot.com / blogger umno malaysia).

Mungkin berita untuk menjatuhkan DS Hishammudin Tun Husein menteri dalam negeri merangkap ketua perhubungan umno Terengganu. Seluruh rakan media dan akhbar di Malaysia terkedu.

Betulke DS. Hishammudin memberi hadiah kereta mewah sebagai peminat setia kepada artis berkenaan?. Bagi saya jika betul Hisahmmudin memberi hadiah artis lelaki berkenaan kerana minat dan peminat itu adalah hak peribadi Hishammuddin.

Timbul tanda tanya takkan kerana terlalu minat pada artis berkenaan sanggup memberi hadiah lumayan?. Rakyat Malaysia dan pemerhati tabiat dan tingkah laku pemimpin umno jangan ada udang disebalik batu.

Kedua kita berharap berita tersebut tidak disengsasikan oleh media dan menjadi fitnah kepada artis tersebut dan pemimpin Umno yang bernama Hishammuddin. Kita anggap berita tersebut hanya mainan politik murahan dan musuh politik untuk menjatuhkan pemimpin.

Ketiga rakyat Malaysia mengharap satu kenyataan dari Hishammudin sendiri bagi menjawap tomohan. Tapi jika benar apa yang dipaparkan Umno bakal kecundang dalam PRU13.

Tiada ulasan: