"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Manikavasagam Cabar Ahmad Said Jawab Pemberian Kontrak Uniform SPRM

NIZAM
Ahli Parlimen Kapar, S. Manikavasagam membuat laporan polis terhadap Ketua Pesuruhjaya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Ahmad Said Hamdan yang didakwa memberi kontrak uniform agensi itu tanpa memalui tender terbuka.

Katanya, kontrak pembekalan peralatan pakaian yang bernilai 7.5 juta ringgit itu diberikan kepada sebuah syarikat yang tidak mempunyai kepakaran dalam bidang itu.

Manikavasagam berkata, berdasarkan maklumat carian syarikat dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mendapati syarikat ini hanya berdaftar sebagai pembuat Medal serta kraftangan berasaskan logam, diberi kontrak secara rundingan terus.

“Dato Seri Hj Ahmad Said bin Hamdan selaku ketua SPRM atau sebelum dikenali sebagai BPR telah memberi satu kontrak pembekalan Head to Toe baju sejumlah nilai hampir 7.5 juta untuk 1,000 orang. Selalu SPRM siasat sama polis, siasat sama Ahli Parlimen, sekarang ketua dia buat, siapa mahu siasat? Saya pun tidak tahu, hari ini saya buat laporan polis, saya ingat menyalah guna kuasa ini, adakah polis mempunyai kuasa tangkap atau siasat ini ketua?”, katanya yang ditemui Tv Selangor.

Beliau bercakap kepada pemberita sebelum membuat laporan polis di Ibu Pejabat Daerah Klang pagi tadi.

Manikavasagam turut mempertikaikan tindakan berdiam diri Kementerian Kewangan yang mengecualikan pemberian kontrak ini melalui tender terbuka kerana seolah-olah menghalalkan pemberian kontrak secara rundingan terus.

Katanya, mengikut prosedur pembekalan kerajaan, mana-mana pembekalan melebihi 200 ribu ringgit hendaklah melalui proses tender terbuka di bawah Kementerian Kewangan.

Beliau turut mempersoalkan kenaikan lebih 150 peratus harga peralatan yang dibekalkan syarikat itu berdanding harga semasa melalui tender terbuka.

“Masa dulu BPR dia tukar kepada MACC, uniform, beg, tali pinggang, semua ada, jadi satu tali pinggang harga dia markup 150 peratus”, jelasnya.

Ekoran itu, Manikavasagam mencabar Ahmad Said yang akan meletakkan jawatan pada 31 Disember ini untuk menjelaskan mengenai dakwaan berkenaan.

“Jadi punca Ahmad Said nak letak jawatan dua saja, pertama isu Teoh tekanan dia yang meninggal, dan kedua ialah isu ini kontrak ini saya mahu sebelum beliau letak jawatan, bagi tahu saya cabar beliau jawab hari ini saya buat laporan polis ini dan Teoh bagi tahu dalam surat khabar isu Teoh bukan besar, isu Teoh adalah besar. Awak tangkap, awak bawa dia, awak campak mati, itu bukan besar kah?”, tambahnya lagi.
-tvselangor-

Tiada ulasan: