"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Puaka Tok Moh Rosmoh VS Aura Tok Moh Det

usinwafer

Jika terjadi..inilah pertembungan paling dasat sekali dialam Malaysia..nantikan debaranya..dup dap dup dap..!!!

Jika Tok Moh Rosmoh membaca blog TT ,MSO dan Chedet.. malam ini sudah tentu lenanya tidak lagi diulit intan..

Mimpinya pula tidak lagi bersiar-siar dengan kapal selam buatan perancis disamudera dalam..

Apa yang menjadi momok didalam lena dan mimpi beliau bukan lagi roh hantu Altantunya dah bau badan Mr Bala tetapi "aura" dari Tok Moh Det..

Semua umum tahu betapa "aura" Tok Moh Det itu begitu berkuasa sekali semasa memegang tampuk pemerintahan Malaysia selama 22 tahun..

Dan apabila beliau sudah berundur namun kuasanya masih belum hilang sepenuhnya..maka kuasa itu dipertontonkan pula ketika kejatuhan Pak Lah dari kerusi PM yang mana disokong sepenuhnya oleh bini beliau..

Jika benar Tok Moh Det sudah mengaktifkan "aura"nya untuk menjatuhkan Najib..maka wajar sekali Tok Moh Rosmoh perlu menjalankan ritual untuk mempertingkatkan lagi ilmu hitam "puaka"nya untuk melindungi bini beliau dari menjadi mangsa Tok Moh Det yang terbaru selepas Pak Lah..

Marilah kita berfikir sejenak kata-kata hikmat ini

CHEDET kata; "11.Tetapi sekarang duta kita dipanggil balik untuk disoal kenapa tidak sokong Amerika."
12. Dasar-dasar lama memang patut dihapuskan. Tetapi inikah dasar baru kita? "

TT kata; "Permerhati politik dan para dilpomat memandang pekara ini sebagai langkah permulaan Madey untun menaikkan Muhyiddin. Dengan menaikkan Muhyiddin - memastikan Mukriz akan mendapat tempat kedua."

MSO kata; "Adalah diharapkan Najib tidak membiarkan apa yang berlaku melainkan melihat ianya satu perbuatan sebotaj oleh ahli Parlimen UBN sendiri terhadap kerajaannya. Mengenai kemungkinan ada perancangan nak jatuhkan Najib saya akan ulas di lain masa."

http//apadianie.blogspot.com

Tiada ulasan: