"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Drama lewat malam di parlimen.. mesej tersurat dan tersirat..

pria_malaya08
Rasanya kehadiran MP2 Pakatan yang berjumlah 63 yang hadir daripada jumlah keseluruhan 82 ahli sudah cukup memuaskan sebenarnya..ini apabila dibandingkan dengan kehadiran dari wakil kerajaan yg mengundi seramai 66 berbanding jumlah keseluruhan mereka 137 ahli..

Apapun, situasi ini mempunyai mesej yg tersirat dan tersurat..yg pertama, ia memberi amaran kepada pihak kerajaan, supaya jangan dipandang sebelah mata akan keupayaan pembangkang dalam merampas dan menawan kerajaan..ini juga untuk menyedarkan (kerajaan BN) bahawa mereka sudah hilang majoriti 2/3..situasi di dalam dewan rakyat bukanlah seperti 5, 10 atau 30 tahun yang lalu..

Yang tersiratnya, ia menunjukkan kelemahan dan kegagalan bagi pihak MP2 Pakatan Rakyat..tidak menfaatkan peluang yang ada, tidak bersepakat dalam sesuatu perkara dan tindakan secara bersama..

Apapun, rasanya terlalu awal untuk menjatuhkan 'hukuman' dan sangkaan..penulis serahkan kepada pimpinan atasan untuk menjelaskan apa yg berlaku baik dari pihak yg mengundi (berada dalam dewan), dan pihak yg tidak mengundi (tiada di dalam dewan)..penulis juga bersetuju dgn saranan beberapa pihak supaya MP2 yg tidak hadir pada malam tersebut menyatakan surat tunjuk sebab kenapa mereka tidak dapat hadir..

Akhir kalam, semoga ianya menjadi pengjaran yang berguna kepada saf kepimpinan Pakatan Rakyat..setiap sesuatu ada hikmahnya...wallahua'lam.

http://ruangbicarapriamalaya.blogspot.com/

Tiada ulasan: