"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Konvensyen Blogger PAS - Satu Penilaian Semula

wirautama

Konvensyen Blogger PAS yg di jadual pada 20 Disember yg asalnya dibuka hanya untuk blogger PAS (ahli PAS sahaja) telah dibuka kepada penyokong2 PAS.

Mengikut kenyataan Ustz Idris Ahmad Berikutan begitu banyak permintaan kalangan Blogger yang menyokong PAS bagi menyertai Konvensyen Blogger PAS 2009, maka Parti Islam SeMalaysia (PAS) dengan ini membuka penyertaan yang sebelum ini dihadkan kepada Blogger kalangan ahli PAS sahaja kepada semua blogger-blogger pro-PAS yang berminat.

Setelah dibuka sekarang timbul suara2 yg sumbang mengatakan dibuka kerana tiada sambutanlah, akan ada SB2 yg datang maka keselamatan blogger tidak terjamin, walaupun sebelum itu ada yg mencurigai keikhlasan penganjur dan tak kurang juga yg mengatakan seolah2 macam kursus BTN.

Pada aku PAS sebenarnya tidak perlu terlalu mengambil pusing pendapat2 blogger yg negetif. Sudah tentu PAS sebagai sebuah organisasi perlu menBTNkan bloggernya agar blogger PAS menjadi penyokong pejuangan PAS, andai kata blogger PAS telah menjadi macam cybertropper, sudah tentu ia menjadi during dlm daging PAS.

Bergitu juga dengan pemintaan blogger2 pro PAS yg meminta untuk menyertai konvensyen tersebut, sepatutnya itu program dalaman parti, hanya terbuka kepada ahli2 parti saja. Yg bukan ahli mungkin kita boleh memikirkan satu lagi program untuk semua blogger2, dan ketika itu kita boleh selitkan sekali kursus penulisan dlm Islam.

Suara2 sumbang yg tidak ingin hadir tak perlu dilayang.. yg tidak dapat hadir tak apalah mungkin lain kali mereka boleh hadir, tapi yg tak ingin hadir kerana sangsi dengan program parti bagi aku ia bukannya blogger PAS, walaupun mmg dia ahli PAS, biarkan dia. Setahu kita PAS belum pernah memaksa mana2 blogger yg ahli PAS menjadi blogger PAS. Sekiranya mereka itu faham dan menghayati perjuangan maka dengan sedar diri mereka akan melakukan sesuatu yg membawa kepada perkembangan dan kemajuan perjuangan.

Harus diingat, setiap ahli jamaah Islam adalah sebagai model product Islam, maka setiap tingkah laku, percakapan, penulisan, akan membawa lambang product tersebut. Bergitu juga PAS, setiap kali beban fitnah yg dllontarkan akan dikaitan dengan Islam, sebab itu kita dengar org kata - 'Kata perjuangkan Islam tapi buat itu dan ini.., kata nok ke Islam tapi buat itu dan ini..', itu kata2 untuk parti, untuk ahli PAS pula kita akan dengar org berkata - 'kata org PAS tapi jumpa org dok pernah senyum, kata org pas tapi maki sokmor.. org pas menda gitu pakai seluor pendek. Maknanya kita harus bangga kerana org sudah menganggap kita sebagai pembawa Islam. Sebab itu setiap kata2, tingkahlaku, perangai, pakaian kita hendaklah sesuai dengan product yg kita bawa iaitu Islam. kita tak pernah dengar org kata - 'org umno menda gitu pakai seluor pendek'.

Panjang pulok belebel.. Balik pada Konvensyen Blogger PAS, walau bagaimana pun taniah pada penganjur, dan selamat ber Konvensyen pada semua yg akan hadir.

Tiada ulasan: