"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Cubaan Anwar batal pembelaan, - 26 April

Mahkamah Tinggi menetapkan 26 April untuk mendengar percubaan Datuk Seri Anwar Ibrahim membatalkan pembelaan Datuk Hamzah Zainuddin dalam saman fitnah RM10 juta yang difailkan oleh Ketua Pembangkang itu.

Permohonan itu akan didengar di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi, Dr Prasad Sandosham Abraham.

Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Fatimah Rubi'ah Ali menetapkan tarikh itu selepas menemui peguam S N Nair dan Wan Anuar Shadat yang mewakili Anwar dan S Murali bagi Hamzah (
kiri) dalam kamar hari ini. Nair memberitahu pemberita bahawa Anwar memfailkan permohonan itu kerana Hamzah memfailkan banyak lagi kandungan dalam kenyataan pembelaan yang dibuat bukan dalam tempoh yang ditetapkan.

Pada 22 Ogos 2008, ketua pembangkang itu memfailkan saman tersebut terhadap Hamzah, yang ketika itu Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, kerana dakwaan mengeluarkan kata-kata dan disiarkan dalam akhbar berbahasa Cina,
Kwong Wah Jit Poh bertarikh 19 Ogos 2008, artikel fitnah itu ditulis “Anwar Harrassed My Wife”.

Anwar mendakwa perkataan itu disiarkan dalam artikel berkenaan, bermakna dan difahami bahawa beliau secara langsung dan atau tidak langsung dan atau oleh innuendo, diberikan sebagai gambaran dan persepsi bahawa beliau terbabit dengan aktiviti hubungan seksual terlarang dan atau dalam aktiviti yang sama, ialah seorang yang bermoral rendah, seorang lelaki yang tidak ada nilai-nilai Islam dan berperangai buruk.

Beliau berkata, bahawa artikel itu sangat cuai, tidak berhati-hati, tidak bertanggungjawab, dengan sengaja, berniat jahat dan bertujuan merendahkan kehormatannya di mata umum dan mendedahkannya kepada dendam, penghinaan, benci yang amat sangat, hina dan cemuhan.

Anwar berkata, artikel itu menyebabkan fitnah yang sangat serius terhadap beliau dan mengakibatkan beliau malu yang amat sangat dan sengsara.

Beliau memohon RM10 juta sebagai ganti rugi, kos dan relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah.

Hamzah, dalam pembelaan beliau pada 13 November 2008, berkata perkataan dalam artikel itu adalah wajar.

-Bernama-

Tiada ulasan: