Clara Chooi
KUALA LUMPUR, 16 Mac: Dua Ahli Parlimen Bebas Datuk Seri Zahrain Hashim dan Zulkifli Noordin menafikan mereka telah mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak minggu lalu sebaik sahaja mereka keluar dan dikeluarkan dari Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Zulkifli mendakwa khabar angin itu disebarkan oleh firaun-firaun kecil dari PKR, parti yang mereka pernah wakili sebelum ini.
Ketika ditemui di Parlimen hari ini, Zahrain (gambar) berkata “tidak, kami tidak bertemu. Tidak benar.”
Zulkifli pula ketawa besar sambil berkata khabar angin itu hanya kerja mereka yang beliau menggambarkan sebagai firaun kecil, golongan yang didakwa terlibat dalam usaha mengeluarkannya dari PKR.
Beliau dipecat oleh PKR awal bulan ini manakala Zahrain bertindak keluar awal bulan lalu.
“Tidak, tiada pertemuaan. Khabar angin oleh firaun kecil. Mereka gemar khabar angin macam ini,” katanya.
Zulkifli menambah beliau tidak akan mempertimbangkan untuk menyertai Umno tetapi hanya akan menyokong kerajaan dalam dasar-dasar yang boleh membantu rakyat.
“Kata tidak yang besar buat Umno. U-m-n-o... tidak yang besar,” katanya.
Zahrain juga bersetuju bahawa beliau sanggup menyokong dasar-dasar kerajaan yang bertujuan membawa perubahan dan menyokong penuh konsep 1 Malaysia.
“Sudah tentu kami akan menyokong apa sahaja pembaharuan yang baik untuk negara.
“Misalnya 1 Malaysia adalah baik untuk negara. GST, saya tidak percaya denganya, jadi saya tidak menyokong. Jika ISA, saya juga tidak bersetuju dengannya,” kata beliau.
Selain Zahrain dan Zulkifli, PKR juga kehilangan Ahli Parlimen Nibong Tebal dan Bagan Serai.
Mereka kini bertindak sebagai wakil rakyat Bebas di Parlimen.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan