KUALA LUMPUR 18 MAC: Kecaman melulu Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Hashim terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim disifatkan pimpinan Pakatan Rakyat, sebagai datangnya dari 'tentera baru Umno'.
Demikian label Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saifuddin Nasution terhadap Zahrain yang turut dicabar mendedahkan nama Timbalan Speaker juga dikatakan mahu membuat usul undi tidak percaya berkaitan projek 16 September.
Saifuddin juga menyindir prestasi 'baik' yang ditonjolkan Zahrain semalam kerana sangat drastik berikutan Ahli Parlimen Bayan Baru itu sebelum ini tidak pernah memberi ucapan baik di peringkat parti mahupun sidang Parlimen semasa masih bersama PKR.
"Bayan Baru disifatkan sebagai watak baru dalam siri serangan ini, kononnya mendedahkan segala macam kelemahan dan rahsia PKR. Perfomance (Prestasi) dia naik mendadak. Dia tidak pernah memberi ucapan baik sebelum ini," kata Saifuddin.
-tvselangor-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan