"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Isu Musa: Tiada Tindakan Terhadap China Press

PUTRAJAYA, 18 MAC: Kementerian Dalam Negeri berpuas hati dengan penjelasan yang dibuat akhbar China Press berhubung laporannya perletakkan jawatan Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan.

Sehubungan itu, tiada tindakan akan dikenakan terhadap akhbar itu.

Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Ahmad Fuad Abdul Aziz berkata, akhbar itu juga bebas dalam megambil sebarang tindakan dalaman ke atas pengarang yang bertanggungjawab terhadap laporan berkenaan.

Katanya, China Press juga bersedia mengemukakan permohonan maaf.

Sabtu lalu, akhbar itu menyiarkan laporan bahawa Musa telah mengemukakan surat peletakan jawatannya kepada Hishamuddin dan juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Bagaimanapun Musa dan Hishamuddin segera menafikannya selepas beberapa jam laporan akhbar itu diterbitkan.

Malah Kementerian Dalam Negeri juga mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada China Press bagi menuntut penjelasan mengapa berita itu disiarkan sedangkan kerajaan menganggapnya sebagai tidak tepat dan belum disahkan lagi.

Bagaimanapun keesokannya, selepas perasmian Penggal Ketiga Parlimen Ke-12 oleh Yang di-Pertuan Agong, Hishamuddin mendedahkan bahawa rombakan barisan pimpinan tertinggi pasukan polis akan dilakukan.

Katanya, rombakan berkenaan bukan sahaja akan membabitkan KPN tetapi juga pegawai kanan yang lain, termasuk empat pengarahnya.
-tvselangor-

Tiada ulasan: