Harakahdaily
SHAH ALAM, 17 Mac: Jawatankuasa Tetap Belia dan Sukan Negeri Selangor menerusi Sekretariat Belia Negeri Selangor (SBNS) akan menganjurkan Persidangan Anak Muda Kebangsaan 2010.
Persidangan tersebut akan diadakan pada 20 Mac 2010 di Auditorium, Dewan Sivik, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).
Pengerusi Persidangan Anak Muda Kebangsaan, Amirudin Shari berkata penganjur menjangkakan seramai 1,000 orang Penggerak Belia Tempatan (PeBT), mahasiswa, pemimpin belia akar umbi, politik serta NGO dari seluruh Malaysia yang akan bersama-sama membincangkan isu-isu kepentingan belia dan negara.
Persidangan ini juga katanya merupakan acara tahunan SBNS yang akan membincangkan lima fokus utama iaitu komunikasi-pendidikan , ekonomi, sosial, bahasa-budaya, dan kepimpinan.
"Antara objektif program ini diadakan adalah untuk menimbulkan kesedaran belia terhadap isu-isu kepentingan masyarakat dan negara serta mendapatkan buah ide dan pemikiran pakar-pakar dalam segenap bidang," katanya.
Ucaptama berhubung lima fukus utama tersebut akan disampaikan oleh Datuk Zaid Ibrahim (Kepimpinan), YB Khalid Samad (Sosial), YB Tony Pua (Komunikasi), Dr Abu Hassan Hasbullah (Pendidikan), Prof Emeritus Nik Safiah Karim (Budaya).
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pula dijangka merasmikan majlis penutup persidangan tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan