"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

New KPN Datuk Ramli Yusoff bergelar "KETUA POLIS NAJIB"

usinwafer
KUALA LUMPUR, 15 Mac: Pengganti Tan Sri Musa Hassan sebagai Ketua Polis Negara akan dilantik apabila kontrak beliau berakhir September ini, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein hari ini.

Sabtu lalu Hishammuddin dan Musa menafikan satu laporan dibawa oleh China Press bahawa Ketua Polis Negara telah mengemukakan surat letak jawatan.

Tempoh khidmat Musa sebagai Ketua Polis Negara akan berakhir September ini.

Laporan itu muncul sehari selepas Pesuruhjaya Polis Datuk Ramli Yusoff dibebaskan daripada tiga tuduhan rasuah oleh Mahkamah Sesyen.

Dalam temu bual dengan The Malaysian Insider yang disiarkan hari ini Ramli orang ketiga paling kanan sehingga beliau digantung daripada jawatannya sebagai pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial berkata, beliau akan melapor diri dalam waktu terdekat.

Hishammuddin menjelaskan proses rombakan dalam PDRM tidak hanya melibatkan Ketua Polis Negara tetapi beberapa pegawai kanan dalam pasukan itu.

“Dalam perkara ini, ia tidak hanya melibatkan Ketua Polis Negara tetapi empat pengarah lain daripada tujuh bahagian dalam PDRM yang akan bersara tahun ini.

“Sebenarnya seorang pengarah sudah pun mula bercuti, tiga atau enam bulan sebelum meninggalkan perkhidmatan,” katanya.

petikan dari MalaysianInsider

usinkata;...Niat jahat dan akal nakal dihati ini kuat mengatakan bahawa gerombolan sedang menyusun stategi baru serta memperkemaskan bahagian serangan yg dapat melumpuhkan serta menjahanamkan terus Pakatan Rakyat...

Umum tahu siapa Ketua Polis Negara sekarang..Musa Hassan..dan semua org tahu siapa yg arahkan Azizan memutarbelitkan tarikh beliau diliwat serta arahan tilam diusung..disuatu ketika dahulu..

Siapa Musa Hassan ketika itu...dan kini adakah dengan jasanya yg membuat arahan pengusungan tilam..maka beliau dapat merasa kerusi Ketua Polis Negara..

Umum juga mengetahui bahawa kesihatan Musa Hassan tidaklah sebagus mana apatah lagi setelah menjalani satu pembedahan yg genting..dan berita pengumuman beliau bakal berundur/bersara Sept ini tidaklah mengejutkan..kerana asas faktor alasan kesihatan..

Mungkin juga atas alasan kesihatan itu menampakan UBN menghidu kelonggaran bahagian serangan dan sudah sampai masanya ianya perlu ditukar ganti..

Namun begitu..siapa pengganti beliau..

Dan nama Ramli Yusoff kembali bergema..apatahlagi berita mengenai "kebebasan" beliau dari tiga tuduhan rasuah...

Senang sahaja nk membaca hati dan fikiran puak-puak gerombolan ini...

Perancangan rapi utk mencari pengganti Musa Hassan sudah complete..sempurna..selesai..

Ramli Yussof adalah penganti paling sesuai..ini kerana Kerajaan UBN disokong oleh SPRM sudah memasang "rantai leher anjing" ke leher Ramli Yusoff..

Sudah tentu Ramli Yusoff bakal dicucuk hidungnya oleh Najib dan Rosmah serta ACPO dan tidak ketinggalan juga oleh puak-puak gerombolanya..

Jika benar Ramli Yusoff dinamakan sebagai Ketua Polis Negara yg baru...jangan terkejut akan ada kenyataan dari mana-mana Menteri bahawa pelantikan Ramli bersesuaian apatahlagi beliau dilihat "bersih" dari semua segi rasuah..SPRM pun dh tutup fail tau..

Oleh itu..AWAS lah Pakatan Rakyat...anda semua bakal berhadapan dengan tenaga baru serangan dari UBN yg dikepalai oleh Ramli Yusoff..dan semestinya..akan ada idea-dea baru utk menjahanamkan PR..dan buat PR janganlah dok tidoq lagi..bersedia sentiasa..

Adakah Ahli Parlimen mengetahui Pakatan Rakyat bakal menghadapi laluan berliku dengan kehadiran Ketua Polis yg baru...oleh sebab itu mereka merasakan keperluan utk melompat setelah strategi yg terbaru disusun sebaik mungkin dan dibincangkan semasa pertemuan sulit mereka dengan Najib..?

Jika benar Datuk Ramli Yusoff dilantik sebagai KPN utk mengetuai pasukan Polis yg diamanahkan utk menjaga keselamatan rakyat Malaysia ....malangnya benar rakyat Malaysia..k..ehadiran beliau bukan menjaga keselamatan rakyat Malaysia..tetapi lebih kepada menjaga keselamatan UMNO/BN..

Oleh itu benarkah Datuk Ramli Yusoff bakal KPN yg baru yg bergelar "Ketua Polis Negara"...atau

Datuk Ramli Yusoff bakal KPN yg baru yg bergelar "KETUA POLIS NAJIB"..

http://apadianie.blogspot.com

1 ulasan:

Unknown berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.