"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pakatan diingatkan berjaga-jaga, kerajaan Najib/Rosmah semakin terdesak!

WAN NORDIN WAN YAACOB

KUALA LUMPUR : Pemimpin Pakatan Rakyat diingatkan agara berwaspada dengan sebarang
taktik dan strategi yang lebih dahsyat yang akan digunakan oleh Umno/BN tatkala keadaan semakin terdesak kepada mereka untuk meraih sokongan rakyat.

Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa wujud usaha terancang pihak tertentu untuk menekan pemimpin-pemimpinnya. Anwar sendiri berhadapan siasatan polis atas pelbagai tuduhan, termasuk isu berkaitan anti Islam dan Melayu

Kita sedang menghadapi banyak sangat gangguan dan tekanan polis. Jangan halang dan ugut, saya rasa keterlaluan. Mengapa tidak boleh bercakap pasal isu enjin jet hilang, kapal selam scorpene. Ini isu politik dan harus ditangani secara politik," katanya.

"Saya bantah sekeras-kerasnya tindakan mereka untuk ganggu proses demokrasi. Polis kena kekalkan profesionalisme mereka, jangan habiskan banyak masa dengan menyoal siasat pemimpin Pakatan Rakyat. Tumpukan kepada meningkatkan tahap keselamatan tangani jenayah," katanya sebaik selesai siatan ke atasnya di pejabat beliau pada 11 Mac lalu.

Sementara itu AJK PAS Pusat, Mazlan Aliman yang baru sahaja dibebaskan dari tahanan di Ibu Pejabat Polis Daerah Raub 11 Mac lalu mengingatkan pimpinan dan penyokong Pakatan Rakyat bahawa selepas ini akan ada lagi tindakan 'agresif' oleh kerajaan Umno/BN.

Mazlan ditahan di Raub ketika membuat laporan polis di balai yang sama, selepas program majlis dialog bersama generasi kedua peneroka Felda Lembah Klau digagalkan polis pada 9 Mac lalu.

Mazlan berkata, beliau bimbang dengan situasi ini kerana polis dan pihak berkuasa lain akan digunakan oleh kerajaan semata-mata untuk menyekat saluran maklumat termasuk ceramah yang dianjurkan Pakatan Rakyat.

"Semakin dekat dengan pilihan raya, semakin banyak taktik mereka, SPR, jabatan kerajaan dan sebagainya akan digunakan, tetapi kita mahu pimpinan Pakatan Rakyat bersedia," tegasnya ringkas.

Tiada ulasan: