"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Cucu imam mengaku bunuh 4 beranak

SEREMBAN, 8 Mac: Rasidi Ismail, 32, yang dihadapkan di Mahkamah Tinggi di sini berhubung kes pembunuhan kejam empat anggota keluarganya di Gemencheh awal Januari lalu, mengaku bersalah atas tuduhan yang dikenakan.

Bagaimanapun Hakim Ahmad Nasfy Yasin tidak menerima pengakuan Rasidi kerana tidak diwakili peguam dan menetapkan untuk sebutan semula kes itu pada 22 Mac ini.

Selain itu kata beliau, mahkamah juga memerlukan keadaan mental tertuduh sebelum menjatuhkan hukuman.

Rasidi merupakan cucu lelaki imam yang turut terbunuh dalam kejadian itu.

Laporan media sebelum ini menyebut mayat mangsa ditemui berlumuran darah di dua rumah yang terletak bersebelahan di Kampung Batang Rokan, kira-kira enam kilometer dari Gemencheh dekat Rembau.

Tertuduh ditahan di ibu negara sehari selepas kejadian dengan kepala seorang mangsa ditanam di tanah perkuburan Islam Bukit Kiara.

Dalam kejadian itu, empat orang yang terdiri daripada sepasang warga emas, Atan Daud, 90, dan isterinya Sutiah Katas, 80, menantu mereka, Ismail Awang, 76, dan cucu Siti Khadijah Ismail, 22, ditemui mati berlumuran darah di dua buah rumah yang terletak bersebelahan di kampung berkenaan.

Tiga mayat ditemui dalam keadaan terbaring di ruang tamu dalam rumah imam itu manakala mayat Siti Khadijah ditemui di ruang tamu rumah bersebelahan.

Mayat Ismail ditemui dalam keadaan putus kepala sementara anaknya Siti Khadijah ditemui dengan pisau masih terpacak di dada manakala Atan dan Sutiah ditemui dengan kesan tetakan pada tangan.

-malaysianinsider-

Tiada ulasan: