"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

'Zul boleh mohon, tapi terpulang pada PAS'

Ahli parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin boleh mengemukakan permohonan untuk kembali kepada PAS, tetapi terpulang kepada parti itu sama ada mahu menerimanya atau tidak, kata Ketua Dewan Pemuda PAS pusat, Nasrudin Hasan (bawah).

Pada asasnya, kata beliau, sesiapa sahaja boleh memohon untuk menyertai PAS, tetapi keputusan muktamad adalah di tangan pucuk pimpinan parti.

Menurutnya, ini selaras dengan dasar keterbukaan yang diamalkan oleh parti Islam itu.

Nasrudin menegaskan demikian ketika diminta mengulas kenyataan beberapa pemimpin kanan PAS yang tidak bersetuju parti itu menerima semula Zulkifli.

Pemimpin berkenaan termasuklah tiga naib presiden PAS - Datuk Mahfuz Omar, Salahuddin Ayub dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Mat.

Soal setiakawan dalam Pakatan Rakyat menjadi alasan utama penolakan mereka itu.

Turut menentang kemasukan semula Zulkifli dalam PAs ialah dua ahli jawatankuasa pusatnya - Mohamed Hanipa Maidin dan Dr Hatta Ramli.

Sebelum ini, dalam temubualnya dengan Malaysiakini, setiausaha agung PAS, Datuk Mustafa Ali juga tidak bersetuju jika parti itu menerima semula Zulkifli.

Mengulas lanjut, Nasrudin berkata keputusan untuk menerima sebarang permohonan keahlian bergantung kepada latarbelakang, rekod prestasi, kesan positif dan negatif terhadap parti.

"Selepas itu, barulah keputusan dibuat sama ada untuk menerima atau menolak permohonan berkenaan," katanya.

-malaysiakini-

Tiada ulasan: