"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

224 kertas undi pos dlm bahaya

Suhaizan Kayat

Setakat jam 7 mlm 14-5-2010 terdapat 224 dpd 284 kertas undi telah di bawa pulang dan belum di kembalikan semula oleh petugas sementara SPR. Persoalannya mengapa mereka membawa pulang dan tidak dimasukkan dalam karung SPR? Apabila mereka membawa pulang kertas undi tersebut maka kertas undi tersebut terdedah kepada penyelewengan contohnya penjualan kertas undi, rasuah dan sebagainya.

Walaubagaimanapun perbuatan membawa pulang kertas undi oleh petugas SPR bukanlah suatu kesalahan dalam undang-uandang pilihanraya kerana itulah konsep undi pos sebenar yang telah dilaksanakan sejak negara kita merdeka. Ini membawa maksud bahawa undang-undang undi pos adalah terlalu lemah dimana terdapat ruang manipulasi yang terlalu besar.

Sebelum ini saya telah mendedahkan sebanyak 1040 undi tentera dan polis yang berada di luar Sibu tidak dapat dikawal oleh agen pengundian pos DAP. Kertas undi ini akan dihantar kepada anggota terbabit tampa kawalan daripada agen pengundian pos DAP. Walaubagaimana pun penghantaran kertas undi tersebut adalah dalam lingkungan undang-undang yang dibenarkan oleh SPR. Apabila tiada agen yang mengawal maka ruang manipulasi sangat luas terbuka.

Jika seseorg petugas SPR mendaftar sebagai pengundi pos, mereka boleh mengundi sebagai pengundi awam. Ruang ini berlaku kerana SPR tiada sistem yang boleh menghalang mereka mengundi dua kali.

Itulah yang saya tegaskan sejak daripada pilihanraya kecil Bagan Pinang, Hulu Selangor dan sekarang Sibu pengendalian undi pos adalah terdedah kepada manipulasi. Samaada menang atau kalah pilihanraya undi pos tetap mempunyai ruang manipulasi yang sangat besar. Oleh itu saya mendesak agar undi pos dimansuhkan dan diganti dengan mekanisma yang lebih telus.

http://kentong-suhaizan.blogspot.com/

Tiada ulasan: