"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Ibrahim Ali, KJ Tiba-Tiba Senada, Mahu Perkauman Jadi Teras Sistem Politik

Pengerusi Perkasa, Ibrahim Ali menegaskan bahawa perkauman akan kekal sebagai teras politik dominan mengatasi jalur fahaman liberal mahupun agama.

Beliau berkata, kerajaan yang terbentuk bertanggungjawab memastikan etnik pelbagai budaya dan agama tidak menjejaskan sistem status quo.

"Politik Malaysia masih perlu disusun mengikut acuan perkauman," kata beliau pada sidang kemuncak pelajar Malaysia keempat di ibu negara sebentar tadi.

Ibrahim menambah, politik Malaysia unik kerana parti-parti jalur perkauman bersatu dalam entiti kukuh iaitu Barisan Nasional dan menegaskan BN adalah satu-satunya gagasan yang mampu memerintah dengan cekap serta memastikan negara kekal aman.

"Dalam konteks ini, saya berpandangan bahawa politik ideologi di Malaysia tidak akan dan tidak mampu mengatasi politik perkauman," katanya lagi.

Sementara itu, Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata realiti hubungan kaum hari ini tidak memungkinkan Malaysia bergerak ke arah sistem teras politik yang merentasi warna kulit dan agama.

"Saya tidak mengatakan yang kita tidak boleh bergerak ke arah politik baru tetapi realiti hari ini masih menghalang," katanya dan menambah, usaha pembentukan satu negara bangsa sukar kerana ramai masih enggan melepaskan tuntutan perkauman masing-masing.

"Misalannya isu pendidikan. Masyarakat Cina dan India pasti membantah aliran ibunda dihapus dengan berkata itu hak istimewa yang dijanjikan kepada mereka. Maka orang Melayu juga akan membalas dengan berkata, perlembagaan juga menjanjikan hak tertentu kepada kami," katanya.

Tiada ulasan: