"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Azmin orang Mahathir dalam PKR?

batu-api2

Saya kurang berminat untuk menulis Politik PKR. Tapi bila saya terbaca satu tulisan Marhain Tua, seorang penulis di alam siber yang amat berpengaruh di awal zaman reformasi berkenaan tajuk  Antara Azmin Ali, Wan Azizah dan Anwar Ibrahim. semacam terpanggil untuk mengulasnya.

Saya juga membaca artikel Marhain Tua berkaitan dengan tajuk PKR Ciptaan Siapa?

Marhain Tua, seorang penulis yang sudah berusia. Penglihatannya agak kurang baik dan penulisannya agak tidak teratur perlu seseorang yang membuat editing setiap kali dia menulis. Saya mempercayai webmaster M@rhain menjalankan tugas mengedit.

Belum sempat saya nak mula menulis Marhain Tua telah menulis satu lagi artikel yang bertajuk Ke Mana PKR Selepas Ini? Dan memang Marhain Tua suka menulis artikel yang bersiri. Beliau adalah seorang yang tekun dan banyak menghabiskan masa dalam kerja-kerja ini, walaupun tak dibayar gaji.
Saya sebenarnya tidak bersetuju dengan tulisan Marhain Tua berkaitan dengan Azmin. Saya tidak menyokong mana-mana pihak, sekadar simpati kepada nasib Zaid Ibrahim daripada seorang brutal yang ingin mencari "cahaya" tetapi tidak kesampaian dan tersilap memilih jalan.

Saya tak tahu bagaimana Marhain Tua boleh mendapat idea bahawa Azmin adalah Trojan Horse? Setahu saya daripada pembaca lalu, jika Marhain Tua menginggati tulisan-tulisan beliau yang lalu, bahawa dia tidak pernah menyebut dan mengkritik Azmin.

Cara penulisannya beliau tentang penubuhan Parti Keadilan cukup berbeza dengan tulisannya sekarang. Saya ambil petikan tulisan beliau pada 31 Disember 1999 yang bertajuk "Bermulanya Revolusi Rakyat IV"(Artikel ini ada 5 siri)
Ketika Anwar baru sahaja ditangkap, tidak ada sesiapa yang berani menelah secara jujur bahawa rakyat akan bangkit untuk memerangi penindasan yang dirancang oleh Mahathir terhadap Anwar dan para penyokongnya. Parti KeADILan belum wujud ketika itu. Hanya GERAK yang dipelopori oleh parti PAS yang menonjol bersama Datin Seri Wan Azizah untuk memperjuangkan nasib Anwar. 
Kemunculan parti KeADILan dan permuafakatan di kalangan semua parti pembangkang dalam bentuk yang disebut Barisan Alternatif telah membawa satu gelombang kesedaran yang memukul pantai pemikiran rakyat jelata seluruh negara. Ia tidak berkisar di kalangan rakyat yang mempunyai kecenderungan kepada perjuangan parti PAS ataupun DAP sahaja. Gelombang ini telah menaklukki pemikiran segenap lapisan masyarakat yang cintakan kedamaian dan harmoni di negara ini.
Saya tak nak linkkan artikel ini, saya rasa Marhain Tua ada koleksi tulisan beliau.

Saya berpendapat tulisan Marhain meleset daripada fakta sebenar seperti juga beliau mengulas isu Sauk yang berbeza dengan maklumat yang saya ada kerana saya ada maklumat polis yang tidak dipolitikkan berkenaan dengan kejadian di Sauk.

Hishamuddin Rais ada menulis pada 3 Ogos 2010 mengisahkan bagaimana terbentuknya Parti Keadilan. Antara lain beliau menulis;
Pada awalnya – saya terdengar – apabila Anwar ditangkap pada 20 September 1998, ramai juak-juak Anwar termasuk Ezam  telah melarikan diri ke Indonesia. Ada yang lari membawa duit dan ada yang lari membawa harapan. Apa yang mereka lakukan di Indonesia, tidak pula ingin saya ketahui. 
Gerakan Reformasi muncul sesudah penangkapan Anwar. Gerakan ini menobatkan jalan raya sebagai wadah politik. Kami tidak ambil peduli tentang juak-juak Anwar yang lari dan yang tidak lari. Malah juak-juak Anwar ini tidak pernah masuk dalam perhitungan politik jalan raya kami. Kami juga langsung tidak ambil peduli terhadap ‘polong-polong’ peliharaan Anwar yang saku mereka telah penuh dengan ‘darah saham’ dan ‘pink form‘. 
Gerakan politik jalan raya hanya bercita-cita untuk menghumbankan United Malays National Organisation ke dalam tong sampah sejarah. Untuk saya jenayah besar United Malays National Organisation hanya satu: membodohkan orang Melayu selama 50 tahun.
Secara jelasnya Gerakan Reformasi ini sebenarnya adalah di cetuskan oleh PAS melalui Presidennya Dato' Fadzil Mohd Noor. Jika Dato' Fadzil Mohd Noor mengambil sikap tidak peduli Anwar kerana Anwar terlalu banyak menganiyai PAS sudah tentu, cetusan kebangkitan rakyat tidak mendadak. Tapi politik bijak Ustaz Fadzil telah membuat perjumpaan di Taman Melawar hampir 20,000 orang yang hadir pelbagai golongan masyarakat, cerdik pandai telah membawa idea GERAK dan seterusnya tercipta Parti KeAdilan.

Oleh itu kenyataan Marhain Tua di bawah ini amat meleset sekali;
Sebagai kesimpulannya, peranan Azmin Ali untuk menjatuhkan Anwar Ibrahim daripada tampuk kuasa dalam UMNO dalam kabinet Malaysia adalah amat besar. Ini disedari sendiri oleh Wan Azizah. Yang amat penting lagi, segala gelagat Azmin Ali sejak dahulu sehingga sekarang amat disedari oleh Nurul Izzah. 

Kerana itu kita tahu, Wan Azizah dan Nurul Izzah tidak merestui tindak-tanduk Azmin Ali terhadap Anwar Ibrahim. Adalah tidak menghairankan kenapa Wan Azizah dan Nurul Izzah tidak memberikan sokongan terbuka kepada Azmin Ali menjadi Timbalan Presiden PKR. - Marhain Tua
# Anda juga patut membaca artikel ini "Kepimpinan Anwar Yang Kucar-kacir" bagi mendapatkan gambaran keseluruhan tulisan Marhain Tua. 

Tiada ulasan: