KUCHING, 23 NOV: Timbalan Perdana Menteri membatalkan lawatan dua harinya ke Sarawak mulai hari ini kerana mengalami bengkak di tumit.
Setiausaha akhbar beliau Datuk Ainon Mohd memberitahu bahawa Muhyiddin dinasihatkan oleh doktor supaya berehat.
"Oleh itu, YAB Tan Sri Muhyiddin Yasin terpaksa membatalkan lawatan kerjanya ke Sarawak hari ini dan esok. Timbalan Perdana Menteri memohon maaf jika timbul sebarang kesuliatan," katanya dalam satu kenyataan.
Timbalan Perdana Menteri dijadual melawat Limbang dan Lawas hari ini dan esok untuk menghadiri beberapa program termasuk sesi bertemu rakyat.
Ainon berkata Muhyiddin akan kembali bertugas Khamis ini.
Sebelum ini Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bercuti dan dimasukkan ke unit rawatan rapi(ICU) Hospital Besar Kuala Lumpur akibat demam cacar.
-Bernama-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan