"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Chong Eu, bekas ketua menteri Pulau Pinang meninggal dunia


 Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Tun Dr Lim Chong Eu meninggal dunia jam 9 malam tadi.
Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Tun Dr Lim Chong Eu meninggal dunia jam 9 malam tadi.
PULAU PINANG: Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Tun Dr Lim Chong Eu, disahkan meninggal dunia di kediamannya di Tanjong Bungah pada lebih kurang jam 9 malam Rabu - sebulan selepas beliau diserang sakit angin ahmar.
Mendiang berusia 91 tahun.
Sebelum itu beliau dirawat di Hospital Pulau Pinang.
Beliau telah dibawa balik dari hospital itu petang Rabu selepas keadaannya semakin uzur.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon ketika dihubungi oleh agensi berita nasional BERNAMA mengesahkan berita mengenai kematian Dr Lim itu.
Mendiang merupakan bekas Presiden MCA dan juga mantan Presiden Gerakan yang pertama selama 9 tahun.
Beliau menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang selama 21 tahun mulai Mei 1969 hingga Oktober 1990.
Chong Eu yang merupakan salah seorang pengasas Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) juga pernah menjadi presiden MCA.
Beliau keluar meninggalkan MCA selepas usahanya untuk memartabatkan bahasa Mandarin dan lain-lain bahasa setaraf dengan bahasa kebangsaan ditolak oleh Kerajaan Perikatan.
Selepas membentuk Gerakan, parti itu berjaya merampas Pulau Pinang tetapi kemudiannya Gerakan menyertai Kerajaan Barisan Nasional (BN) sejurus selepas pembentukannya.
Beliau berkhidmat sebagai ketua menteri negeri itu sehinggalah kekalahannya di tangan Lim Kit Siang pada pilihan raya umum 1990.
Tempatnya sebagai ketua menteri diambil alih oleh bekas setiausaha politiknya, Dr Koh Tsu Koon.
-mstar-

Tiada ulasan: