"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Anwar Ibrahim ada kes?

Abdullah Ngah
Pada 23 November 2010 saya ada dengar satu cerita. Ini hanya cerita dari seseorang yang ada hubungan dengan penganalisis politik bergelar Profesor.

Kata orang tersebut "Anwar Ada kes". Bermakna hukuman penjara akan dijatuhkan, maka akan masuk semulalah Anwar Ibrahim kepanjara Sungai Buloh.

Berapa tahun hukuman yang akan dijatuhkan itu bergantung kepada budi bicara hakim yang mengendalikan kes liwat 2 Anwar itu.

Ini hanya cerita sahaja. Entah betul atau tidak kita tak tahu, tapi ia cerita yang seakan munsabah yang Anwar akan dimasuk semula kedalam penjara Sungai Buloh sebaik saja selesai pendakwaannya.

Cerita ini Nampak munsabah, kerana memenjara semula Anwar sebagai satu langkah untuk menyekat kemaraan PR menawan Putra Jaya yang dicanang canangkan selama ini selepas pilihanraya umum ke 13 nanti.

Sehubungan perkataan "Anwar ada kes" adalah kata kata yang keluar dari mulut hakim kepada Datuk Seri Mohd Najib Razak yang diceritakan kepada saya.

Hendak percaya tak hendak percaya sama saja, kerana cerita ini datang dari orang kuat "kaninet Najib" yang bercakap akan mempertahankan putra jaya hatta dengan mayat sekalipun.

Datuk Seri Mohd Najib kena fikir seribu kali fikir, kerana bahaya besar akan dating menimpa cabinetnya jika Anwar dihumbang semula kedalam penjara iaitu mencetuskan semula "reformasi" sepertimana yang berlaku pada pilihanraya umum 1999 dulu.

Jika Anwar Ibrahim di humbangkan semula kedalam penjara Sungai Buluh ada kemungkinan muncul semula reformasi ke 2 kali ini lebih besar lagi berbanding tsunami yang melanda BN dalam pilihnraya umum ke 12 lepas punca BN hilang dua pertiga. 
-tko-

Tiada ulasan: