"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pelik Tapi Benar..

wakjeng
Entri kali ini nak bicara perkara pelik tapi benar di dalam kehidupan masa kini. Hendak dikata terkena pada diri Wak ataupun anda, niatnya hanya muhasabah diri sendiri. Renung-renungkan sejenak? Wak akui, ada dalam list ini.. Wak bukanlah perfect pun.. Apa pun alasannya, tetap salah?? Ini adalah listed " pelik tapi benar dari Wak". Anda nak tambah, ikut suka andalah...

Kita sering berpiket/boikot McDonald, KFC dan sewaktunya... Tapi tidak memikirkan nasib pekerja "Melayu" yang rata-ratanya bekerja kat disitu.. Patutnya offerlah pekerjaan baru kepada mereka supaya lumpuh terus depa tu... Yang kerja kilang arak jangan cakaplah..hehehehehehe.. Pelik bukan??

Pakai barangan pirate, dah terang-terang curi harta intelek .. Tetap juga beralasan "Ala... takper, yahudi mabuk/kafir yang punya". Kalau macam gitu, malam ni kita pii rompak rumah orang kafir?? hehehehehehe... Pelik bukan??
Tak lama lagi ada silibus seks disekolah untuk hindar genjala seks luar nikah.. Padahal ajaran agamalah yang menjadi benteng nafsu serakah.. Kan ke pelik tu??
Orang kita jijik bila dengar gay atau golongan homoseksual... Padahal bila Adam Lambert datang Malaysia senang-senang dapat permit buat konsert.. Radio jangan cakaplah, hari-hari main lagunya... Lagi pelik???
Dulu kalau kita lihat adengan melayu peluk-peluk di televisyen, kita akan marah... Tapi sekarang dah jadi biasa dan menjadi trend pengarah nak nampak adengan cintan-cintun.. Alasan deme "itu lakonan sahaja, dan adengan peluk-peluk letak bantal diantara mereka"...?? Kan pelik bin ajaib tu??
Kita kena buat bangunan tinggi-tinggi, Supaya nampak maju dan berdaya saing... Padahal nak tunjuk maju atau berdaya saing, tak perlu semua itu... Tingkatkan mutu pendidikan, ekonomi, modal insan dan lain-lain.. Kan nampak pelik bertingkat-tingkat?? Kat Mecca pun nak buat juga... Ana sedih betul...
Isu Semasa atau masalah rakyat/cerita hot asyik pusing PP, Kedah, Selangor dan Kelantan.. Seolah-olah hanya negeri-negeri tersebut sahaja dalam Malaysia... Padahal mana lagi kawasan wilayah persekutuan dan Negeri lain?? Ke Wartawan takde coverage kat sana?? Pelik bukan?? Paham-paham jelah...
Yang last ni bukan pelik.. Tapi macam nak marah pun ada... Kata jalur lebar.. Tapi dok sempit lagi apahal??? Ni pelik asyik nak tarah duit Wak jer...

Itu sahaja listed dari Wak... Kalau nak sembang, 1001 malam tak habis atau berjela-jela lagi entri ini.. Bukan malas tapi tak larat dah asyik jalur sempit... Tapi Wak nak tekankan disini, walaupun kita tahu semua perkara tersebut dan boleh mengubahnya, Amat pelik kalau kita hanya berpeluk tubuh sahaja atau hanya bermakian/kutukan sahaja... Tindakkan Yeelek??.. Jom guna hak anda??.. Apabila anda ada hak untuk memilih??? Jeng-jeng-jeng...

Wakjeng

Tiada ulasan: