"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Mogok lapar Hindraf disambut lunak di KLCC


Setelah bertegas terhadap kumpulan haram - Barisan Bertindak Hak Hindu (Hindraf), pihak berkuasa hari ini menggunakan pendekatan lebih lunak menangani mogok lapar 18 jam sempena ulang tahun ketiga mereka.
NONEBerkumpul di KLCC Kuala Lumpur, penyokong pertubuhan pelampau itu secara senyap berhimpun tanpa diganggu kira-kira 20 anggota polis yang mengawal sekitar kawasan tersebut.

Tahun lalu, mereka disuraikan daripada pintu utama serta diasak di tengah terik mentari dan bermandi hujan selepas itu.

Mereka kemudian disuraikan kerana terlibat dalam perhimpunan haram, menyebabkan mereka berpecah kepada empat orang satu kumpulan. 

Sementara itu, wakil lima orang juga mengunjungi Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya yang menyerahkan memorandum mereka.
NONEDokumen itu diterima oleh seorang pembantu setiausahanya Asrul Apendi Abdullah yang memberikan cop penerimaan pada salinannya.

Tahun lalu, tiada wakil hadir bagi menerima memorandum itu menyebabkan ia ditinggalkan di pagar pejabat itu sahaja.

Penyelaras Hindraf Selangor K Selvam, yang mengetuai rombongan itu berkata, mereka diring ke lobi di tempat pemeriksaan keselamatan tanpa perlu melalui saringan biasa.

Terkejut dengan keramahan

"Dia kata akan pastikan memorandum ini disampaikan kepada perdana menteri," kata Selvam ketika dihubungi Malaysiakini.

Sambil mengakuti terkejut dengan keramahan itu, Selvam bagaimanapun berkata mereka masih ragu sama ada perdana menteri akan membaca dokumen itu.
NONESelain 18 tuntutan, dirangka pada 2007, memorandum itu juga mengulangi tuntutan Hindraf untuk mengadakan dialog dengan perdana menteri bagi membincangkan isu yang dihadapi msyarakat India.

Sehingga jam 12.30 petang, kira-kira 30 penyokong Hindraf, termasuk empat wanita, menyertai perhimpunan di KLCC.

Mogok lapar mereka akan tamat pada jam 3 petang ini.

Sambil memakai pakaian biasa berwarna oren, kumpulan itu melaungkan slogan 'Hidup Hindraf' dan “We want our rights” (kami mahu hak kami).
-malaysiakini-

Tiada ulasan: