"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Ketua Pengarah Kerja Raya (yang warak) ditukar atas desakan Umno?

Detikdaily
KUALA LUMPUR: Ketua Pengarah Kerja Raya, Dato Seri Prof Ir Judin Abd Karim dikhabarkan akan ditukarkan ke CIDB, satu jawatan yang tidaklah strategik seperti jawatannya sekarang. Beliau  dilantik sebagai Pengerusi Eksejutif CIDB menggantikan Dato Ir Hamzah Hassan yang telah menamatkan kontraknya.

Pertukaran ini memeranjatkan pelbagai pihak khususnya warga Jabatan Kerja Raya kerana  Judin dikenali kerana ketegasan beliau di dalam membuat keputusan dalam pelbagai perkara khsuusnya yang melibatkan JKR.

Beliau juga dikenali dengan sifat kewarakan dengan solat dhuha dan puasa sunatnya telah memulakan perkhidmatannya di Cawangan Rekabentuk dan Penyelidikan JKR,  di bangunan PKNS di Jalan Raja Laut, Kuala Lumupur.

Karier beliau banyak dihabiskan di dalam bidang rekabentuk dan Judin tidak pernah berpeluang menjadi Pengarah JKR Negeri. Kerjaya beliau melonjak naik apabila dilantik sebagai Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya 1 dan seterusnya menjadi Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia pada Mei 2007.

Judin berkelulusan doktor falsafah dalam bidang Kejuruteraan Sivil dari University of Southern California, Amerika Syarikat.

Ramai melihat pertukaran beliau adalah sesuatu yang amat mengejutkan kerana ia seolah-olah diturunkan pangkat kerana jawatan KPKR adalah bertaraf Turus III tetapi jawatan Ketua Eksekutif CIDB hanyalah Jusa A, manakala Timbalan Ketua Pengarah kerja Raya adalah bertaraf Jusa A juga.

Sifat kewarakan dan ketegasan beliau terutama berkaitan projek dan melayan karenah kontraktor barangkali tidak disenangi oleh politikus-politikus dan kontraktor yang selalu mengambil dan mencari peluang dalam perlaksanaan projek di JKR.

Menurut seorang pegawai kanan JKR, Judin mungkin menjadi mangsa keadaan kerana ketegasan beliau dalam hal kontrak dan projek menyebabkan beliau mungkin tidak disenangi termasuk oleh Menteri Kerja Raya sendiri.

JKR akan kehilangan seorang pegawai yang baik, amanah dan sangat komited didalam kerjanya dan amatlah rugi kerana pertukaran beliau di  saat perlaksanaan projek RMK10 baru bermula. "Dalam keadaan sekarang, JKR amat memerlukan seorang ketua seperti Judin. Hairan sekali mengapa beliau ditukarkan ke posisi lain," luahan  hati seorang pegawai kanan JKR  yang mendakwa begitu mengenali Judin.

Beliau telah berjaya membawa JKR ke arah kecemerlangan dalam menbawa visi dan misi JKR bagi menghadapi cabaran perlaksanaan projek di bawah JKR dan menongkah transformasi di bawah NKRA dan KPI Kementerian kerja Raya.

Bagi warga JKR jika benar berita Judin akan ditukarkan, pengganti seumpamanya terlalu sukar dicari diganti.

Tiada ulasan: