"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Isu Seksualiti, PAS jamin hubungan dengan PKR tidak retak

PETALING JAYA: PAS tetap menentang Seksualiti Merdeka, bagaimanapun parti itu menegaskan perbezaan pendapat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam isu tersebut tidak akan meretakkan hubungan PAS-PKR.
“Ia takkan jadi masalah,” kata Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man ketika dihubungi.

“Hak memberi pandangan itu dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan,” tegasnya.

Tuan Ibrahim berkata ketika diminta mengulas sebagai kenyataan Anwar yang menyokong hak bersuara Seksualiti Merdeka.

Anwar hari ini menyatakan bahawa beliau menyokong hak bersuara Seksualiti Merdeka.

PAS tegas tentang

Kata Anwar, ini tidak bermakna bahawa PKR menyokong pendirian kumpulan yang memperjuangkan hak golongan lesbian, gay, biseksual dan transseksual (LGBT).

Anwar merupakan ketua umum PKR dan Pakatan Rakyat.

Tuan Ibrahim turut menegaskan pendirian PAS yang menentang acara anjuran kumpulan LGBT tersebut.

“Kita menentang tuntutan kumpulan itu kerana tuntutan mesti selaras dengan budaya dan agama supaya tidak timbul polemik di kalangan anggota masyarakat,” kata Tuan Ibrahim lagi.
-freemalaysiatoday-

1 ulasan:

rohdijasad berkata...

!@#$%^&*()_+ fining kefala lahh... PAS umpama suami dayus, isteri buat kemungkaran suami buat tak heran.. cinta tetap cinta, mesra tetap mesra...