"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Amy Search Ulas isu Gambar Aksi Panas Nabila Huda.

Selatanonlline

KUALA LUMPUR 9 Nov.: Isu gambar Pelakon Nabila Huda sedang bercium dengan seorang lelaki di sebuah Kelab Malam mendapat reaksi daripada bapanya.


Penyanyi Rock Kumpulan Amy dari Kumpulan Search menasihatkan anaknya Nabila Huda agar mengawal tingkah laku sebagai salah seorang artis di Negara ini.

Beliau juga meminta Nabila agar tidak merosakkan kerjaya yang telah dia kecapi selama bergelar artis dengan imej yang negatif.

Kata Amy, Nabila seharusnya lebih fokus dan jangan rosakkan apa yang telah dikecapinya hari ini dengan perkara-perkara yang boleh menjejaskan namanya dalam industri.

"Saya tidak tahu tentang gambar-gambar itu, tapi sebagai bapa saya berharap dia menjaga tingkah lakunya kerana dia seorang perempuan."

Beliau juga berharap Nabila Huda yang merupakan anak beliau hasil perkahwinan pertamanya agar tidak melarikan diri serta bertanggungjawab atas insiden tersebut.

Tiada ulasan: