"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Lawak Bodoh Dari Fathul Bari Mat Jahya

IsaLinggi

Mengikuti talkshow dalam mobtv yang mana Fathul Bari Mat Jahya, Ketua Pegawai Eksekutif Ilmuan Muda Malaysia mengulas tentang kes DS Anwar Ibrahim merupakan satu lawak bodoh dari seorang yang mengaku cerdik agama. Kalau diamati ulasan beliau, mungkin orang akan berpendapat bahawa beliau merupakan tokoh agama muda yang amat berkaliber tetapi seperti yang saya katakan diawal tadi, ianya merupakan satu lawak bodoh dari beliau.

Kalau beliau bercakap dari sudut Islam, maka beliau harus melihat kenapa kes ini yang melibatkan mangsa dan tertuduh yang beragama islam dibawa ke Mahkamah Penjajah dan bukannya mahkamah syariah. Itulah lawak bodoh pertama beliau dalam ulasan itu kerana beliau mengulas dari perspektif islam. Takkan lah beliau tidak mengetahui bahawa mahkamah warisan penjajah mempunyai pelbagai tipu muslihat untuk membuat orang benar bersalah dan orang salah menjadi benar. Beliau harus menekankan bahawa perbicaraan di mahkamah syariah adalah lebih adil berbanding mahkamah warisan penjajah. Itu dari sudut perspektif islam.

Lawak kedua pula ialah bila beliau mempertikaikan tindakan penyokong pakatan rakyat yang tidak percayakan system kehakiman Malaysia dan bagi beliau itu merupakan fitnah kepada system kehakiman itu. Fathul Bari sepatutnya tidak melihat kepada kes DS Anwar Ibrahim sahaja dalam menilai kepercayaan rakyat kepada ketelusan system kehakiman Negara. Kita boleh lihat dalam kes yang melibatkan Pakatan Rakyat melawan Barisan Nasional, banyak keraguan munasabah yang berlaku. Contohnya kes Perlembagaan Negeri Perak yang mana pihak Mahkamah boleh mencampuri kes tersebut tetapi dalam kes ADUN di Kedah, berbeza pula keputusannya. Hari ini hakim mahkamah Tinggi memutuskan keputusan A tetapi dengan fakta yang sama Hakim Mahkamah Rayuan memutuskan keputusan B. Disini sahaja kita boleh dapati bahawa para hakim yang ada di Malaysia ini memiliki ilmu undang-undang yang berbeza walaupun berpaksikan kepada perlembagaan Malaysia. Sebab itulah saya katakan lebih baik kalau Fathul Bari menutamakan Mahkamah Syariah kerana ia berpaksikan kepada Al Quran itu pun kalau Fathul Bari mementingkan agama islam.

Lawak ketiga yang Fathul Bari katakana dalam talk show tersebut ialah tentang perpecahan umat islam di Malaysia dan kononnya satu tindakan perlu dilakukan untuk mengelak perpecahan itu. Sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Ilmuan Muda Malaysia, saya rasa beliau boleh melihat bagaimana perpecahan itu berlaku. Tindak tanduk kerajaan sokongan Fathul Bari lah yang banyak melakukan perpecahan umat Islam pada hari ini dengan bantuan-bantuan NGO-NGO yang menyokong kerajaan. Tidakkah Fathul Bari melihat ilmuan yang lebih handal dari beliau disaman kerana mengajar tanpa tauliah. Adakah ilmu Fathul Bari lebih hebat dari Tuan Guru Nik Aziz dan Tuan Guru Hj. Hadi untuk mengajar tentang Islam. Adakah ilmu Fathul bari lebih hebat dari Mantan Mufti Negeri Perlis, Dr. Asri. Kehebatan Fathul Bari hanyalah kerana beliau merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Ilmuan Muda Malaysia yang tidak dimiliki oleh Dr. Asri, TG Nik Aziz dan juga TG Hj. Hadi. Perpecahan yang dilakukan dengan menafikan hak orang Kelantan, menafikan hak pembangkang dan menafikan hak rakyat Malaysia dilakukan oleh kerajaan yang disokong oleh Fathul Bari.

Tidak perlulah Fathul Bari menerangkan sejarah Islam kalau hanya untuk menghalalkan cara kerajaan memerintah kerana cara itu lebih keji pada pandangan ramai. Seelok-eloknya Fathul Bari menegur kes penyalahgunaan wang zakat oleh Menteri dan juga MaiWP serta penyelewangan wang rakyat dalam projek Fidlot oleh keluarga menteri.

Sebenarnya saya malu bila melihat Fathul Bari memperboodohkan diri dalam talk show tersebut sebab “HANG ORANG PERLIS, AKU PUN ORANG PERLIS”.

ps: Maap aku tak panggil hang ustaz sebab hang tak layak jadi ustaz

2 ulasan:

Masanori Takahashi berkata...

DIA NIE WAHABI!!!!
TAK PAYAH LA PAKAI PENDAPAT DIA NIE!!!
DALAM UMNGOK PENUH DGN WAHABI,SEBAB TU SEMUA BANGANG2

Tee Kay berkata...

Betol lah kau ni memamng pas totok! Otok mcm otok mahasewel.