PETALING JAYA: Umno bertindak mengikut nafsu ketika merampas kuasa dari Pakatan Rakyat di negeri Perak dua tahun lalu, kata Mursyidul Am PAS.
Datuk NIk Aziz Nik Mat berkata, rampasan kuasa tersebut tidak mengikut amalan demokrasi serta cara Islam.
Menteri Besar Kelantan itu berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penggulungan di konvensyen ketiga Pakatan Rakyat di Alor Setar sebentar tadi.
Kerajaan Pakatan Rakyat Perak tumbang pada bulan Februari 2009 setelah tiga Adunrya melompat menyokong BN.
Dalam ucapannya, Nik Aziz juga menuduh Umno telah menceroboh ekonomi, akidah dan politik negara. 'Saya kata cis’
Oleh kerana itu, tegas menteri besar Kelantan itu, beliau menolak sebarang kerjasama dengan Umno.
“Saya didatangi pemimpin Umno pelbagai darjat. Dia (Umno) minta PAS masuk Umno.
“Tok guru, Ustaz Ziz, masuk Umno untuk perpaduan rakyat (Malaysia). Saya kata cis, maka kami bersama Pakatan Rakyat..” kata beliau diiringi tepukan peserta konvensyen.
Nik Aziz berkata, dalam hadis politik, kena sengat sekali saja, jangan kena sekali lagi.
Kali pertama kena sengat perkara biasa, tetapi kalau dua kali itu bodoh, tegas beliau.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan