"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Hassan perlu menjelajah seluruh negara untuk buktikan kekotoran Anwar!

umnopenyangak


Assalamualaikum, Bercakap kepada Malaysia kini, Hassan Ali menyalahkan Anwar menjadi punca kenapa dia dipecat dari PAS. Antara katanya, "Saya tidak mahu beliau (Anwar) mengheret rakyat menjunjung perjuangannya yang saya rasa amat kotor, ini yang saya perjuangkan".  Berita lanjut di sini  Sikap seorang doktor falsafah menuding kepada orang lain atas apa yang menimpa dirinya. Apa sebenarnya maksud perjuangan kotor DSAI kurang pasti pula. Apakah perjuangan untuk Malaysia yang baru yang diusahakan DSAI itu kotor?

Apakah janji untuk menurunkan harga minyak itu kotor?Apakah janji untuk memberi perkhidmatan kesihatan yang lebih baik kepada rakyat itu kotor? Apakah janji mentadbir negara bebas dari rasuah dan penyelewengan itu kotor?

Hassan kena bukti kesemua ini kotor, bukan bertegas kepada kes liwat yang belum tentu hujung pangkalnya sudah dikira kotor. Untuk itu Hassan perlu menyaingi kemampuan DSAI menarik sokongan rakyat. Tidak ada gunakan mendakwa mahu menyelamatkan rakyat dari kekotoran DSAI cuma dengan bercakap kepada media dan TV sahaja tetapi Hassan kena menjelajah negara seperti DSAI membawa segala hujah dan bukti untuk ditunjukkan kepada rakyat.

Masa untuk membuktikan dakwaannya demi untuk rakyat. Begitu juga orang orang yang menyokong perjuangannya harus bersama sama menjelajah negara membawa bersama hujah dan bukti yang ada untuk ditunjukkan kepada rakyat. Hassan tidak seharusnya menjadikan dirinya "one time Hero" dengan muncul di TV saban malam untuk satu tempoh waktu yang terhad dan kemudian hilang, kalau benar dia mahu menyelamatkan rakyat dari kekotoran DSAI. Hassan perlu berjanji dengan rakyat untuk kehidupan yang lebih baik dari apa yang dijanjikan oleh DSAI.

Tiada ulasan: