"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Lagi laporan langsung dari jalan Duta

10.48am Anwar disekat lagi ketika dalam perjalanan untuk keluar daripada mahkamah, kali ini oleh pihak media yang mahukan kenyataannya.

Selepas kenyataan ringkas, Anwar dibawa dengan kenderaan untuk menunaikan solat syukur di masjid.

Ribuan rakyat masih lagi berhimpun di atas jalan raya mendengar ucapan daripada pemimpin Pakatan Rakyat antaranya Tian Chua, Nasrudin Hasan dan Badrul Hisham Shaharin.

10.22am Orang ramai yang hadir duduk diatas jalan raya mendengar ucapan sempena pembebasan anwar daripada tuduhan liwat.

Naib Presiden PKR Tian Chua menyifatkan kemenangan ini memperlihatkan kebangkitan rakyat.

Manakala Nasrudin pula menyifatkan kemenangan adalah "langkah menghampiri Putrajaya dan rakyat merupakan hakim negara.

Sementara Badrul mendakwa walaupun anwar dibebaskan tetapi wujudnya konspirasi dan rakyat tak bolah berdiam diri.

"Kita kena bangkit, peguam negara letak jawatan," katanya.

Bahkan beliau mendesak Najib letak jawatan kerana beliau bertanggung bertemu dengan Saiful.

"Saiful jumpa najib, makna bertanggungjawab, najib letak jawatan, sorak, " katanya diiringi sorakan penyokong.

"Najib masih ditampuk (pemerintahan), peguam, rakyat tidak akan duduk diam, bangkit rakyat, undur Najib dan letak jawatan.

"Kita cabar Najib, kalau hebat, kita tuntut bubar parlimen," katanya.

10.22am: Polis berusaha untuk menyuraikan kumpulan pro-Saiful di dalam masjid untuk membolehkan penyokong Anwar memasuki kawasan tersebut.

10.10am: Polis bagaimanapun tidak membenarkan kumpulan berkenaan terus mara untuk mengelakkan satu lagi pergaduhan tercetus. Orang ramai yang melalui kawasan masjid ‘boo’ penyokong PERKASA dan Perkida.

9.58am: Menurut Tian Chua, keputusan hari ini membuktikan tuduhan ke atas Anwar adalah palsu.

9.50am: Orang ramai mula bergerak dari tempat parkir kereta ke medan selera berhampiran Masjid Wlayah persekutuan.

Tian Chua dan beberapa pemimpin PKR kelihatan berucap kepada orang ramai yang sedang bergembira itu dari bumbung bangunan.

9.42am: Anwar mengucapkan alhamdulillah dan berkata kebenaran akhirnya dapat ditegakkan.

“Saya berterima kasih kepada Wan Azizah dan keluarga kerana menyokong dan juga barisan peguam.

“Saya akhirnya dibebaskan selepas diaibkan sedemikian,” katanya di luar mahkamah.

Beliau mengucapkan terima kasih atas sokongan pemimpin Pakatan dan ahli-ahli serta orang ramai yang menyokongnya.

Katanya, agenda reformasi bagi menentang rasuah dan kebebasan media mesti diteruskan.
-malaysiakini-

Tiada ulasan: